Di sebalik ramai yang sedang berpusu-pusu mahu merebut tiket konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) yang bakal membuat kemunculan sulungnya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada November ini, ianya tidak berlaku kepada pengarah terkenal, Michael Ang yang tidak mahu menonton konsert Coldplay biarpun ditawarkan tiket VIP.
Menolak Tawaran Tiket VIP Konsert Coldplay
Menurut Michael menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa salah seorang ahli keluarganya menawarkan tiket VIP kepadanya, namun menolak untuk menerima tawaran berkenaan disebabkan dirinya yang tidak mengetahui kesemua lagu kumpulan muzik terkenal United Kingdom itu.
“Sister i called dan tanya saya jika nak tengok konsert Coldplay, dia ada 4 VIP ticket. Saya cakap tidak! Dia tanya kenapa?
Saya jawab saya tidak akan berdiri dan menunggu dan tonton selama 2 jam hanya untuk 3 lagu yang saya tahu dan suka.”-jelas Michael Ang
Sanggup Melutut & Merayu Demi Konsert Adele
Dalam pada itu, Michael menegaskan bahawa dia sanggup untuk melutut dan merayu untuk menghadiri konsert yang melibatkan penyanyi terkenal. Adele.
“Kalau Adele punya konsert, saya sanggup melutut dan merayu untuk konsertnya.
Kenapa orang membuat keputusan untuk hadir ke konsert, ianya mengenai lagu. Tu je! Chill sudah ya!. Tak mau gaduh-gaduh okay.-tulis Michael di Instagram
Apa komen anda? Anda sanggup tolak tawaran tiket konsert Coldplay?.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.