Mohamad Noh Salleh atau lebih dikenali dengan sebagai Noh Hujan, merupakan seorang penyanyi dan pemuzik di Malaysia. Noh terkenal sebagai vokalis dan gitaris utama kumpulan muzik rock Malaysia iaitu Hujan.
Seperti yang kita ketahui, pada ogos tahun lalu, Noh Salleh dan Mizz Nina mengumumkan penceraian di laman instagram milik mereka berdua. Berita itu mengejutkan orang ramai terutamanya peminat-peminat mereka.
Anak Amanah Dari Allah S.W.T
Beberapa bulan sebelum mengutuskan untuk bercerai, Noh dan Mizz Nina telah mengambil anak angkat yang diberi nama Musa. Mereka juga mengumumkan anak angkat yang diambilnya itu di laman instagram milik mereka.
Menurut Noh, meskipun kini dia telah berpisah dengan Mizz Nina, anak yang diambilnya itu tetap menjadi tanggungjawabnya dan dia tetap ayah kepada Musa. Tambahnya lagi, meskipun dirinya bukan insan yang baik tapi dia akan pastikan Musa dijaga dengan baik dan mendapat perhatian yang secukupnya.
Baru-baru in, Noh memuat naik satu gambar dia bersama musa dan gambar tersebut mendapat perhatian ramai. Noh memuat naik gambar berserta kapsyen ucapan dalam bahasa Jepun.
“Saya sayang awak sepenuh hati saya”-kata Noh
Rata-rata netizen terharu dengan kapsyen ucapan dari Noh kepada Musa itu, mereka juga memberi emoji hati pada gambar berkenaan. Noh juga menghadkan jumlah yang boleh memberi komen, pada gambar tersebut supaya tidak menimbulkan apa-apa persoalan yang tidak berkaitan. Apa-apa pun, kasih sayang dari seorang bapa kepada anak takkan pernah pudar, biarlah sejauh mana jua keberadaan mereka pasti nama akan terpahat di dalam hati.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.