Benar kata orang, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya, hal yang demikian kerana usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil.
Sebenarnya, dalam berhadapan dengan isu murid malas dan tidak dapat memberi fokus kepada sesi pembelajaran, langkah proaktif guru sangat diperlukan bagi memastikan murid terus aktif dalam bilik darjah.
Kebijaksanaan guru untuk mengenal keperluan pembelajaran setiap muridnya amat penting dalam merancang pendekatan dan pedagogi yang bersesuaian.
Oleh itu, penghargaan dan pengiktirafan adalah elemen penting dalam memotivasikan murid untuk belajar, memperbaiki kelemahan serta memberi semangat untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Pujian antara bentuk penghargaan dan pengiktirafan paling mudah namun memberi kesan besar terhadap motivasi murid yang malas dan tidak fokus semasa dalam kelas.
Hadiah atau cenderahati mahupun sijil pengiktirafan dapat mendorong murid untuk lebih kuat berusaha dan memperbaiki kelemahan diri.
Walau bagaimanapun, hadiah yang diberikan perlulah sepadan dengan konteks setempat.
Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Iman Troye mahu menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan, hari ini.
Iman yang juga duta bagi pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu PTTI, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian keputusan yang sebelumnya gred G dan meningkat ke gred A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek daripada gred G meningkat A, saya mahu berikan wang tunai sebanyak RM300.
“Hadiah ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras pada SPM 2022, malah mahu memberikan motivasi supaya terus berusaha pada masa akan datang.
“Tawaran RM300 terbuka kepada termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Nang itu, penghargaan dibuat diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pelajar bakal menduduki SPM, tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau mana-mana sekolah, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari sebagai bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Justeru, Iman berkata, pelajar menepati kriteria seperti disebutkan boleh menghantar mesej dalam Instagram (IG) PTTI untuk mendapatkan wang tunai dijanjikan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.