Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, merupakan seorang pelakon hebat di Malaysia. Syafiq sering mendapat watak utama dalam drama dan filem-filem tempatan. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama bersiri Tanah Kubur.
Pada Januari yang lalu, Syafiq telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pelakon wanita Malaysia iaitu Mimi Lana dan dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Cakap Pun Lembut Dan Tak Sombong
Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @raihan_ramdzan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 310 ribu, dan 3.7 ribu tanda suka.
Di dalam video berkenaan, memaparkah Syafiq Kyle dan Mimi Lana sedang berjalan di sebuah lapangan terbang dan menegur sebuah keluarga yang sama jalan dengannya. Video lain juga menunjukkan betapa peramahnya Syafiq Kyle menyapa peminat yang mengenalinya di dalam pesawat tersebut.
https://www.tiktok.com/@raihan_ramdzan/video/7258184060692860162?_t=8eFTbba0aXK&_r=1
https://www.tiktok.com/@raihan_ramdzan/video/7258183655099550978?_t=8eFTfPn9Cgz&_r=1
Rata-rata peminat yang melihat video tersebut memuji sikap Syafiq Kyle yang tidak sombong dan peramah itu.
“Ya Allah, smart nya Syafiq Kyle ni, dia jenis tak sombong. dah la hensem, baik lagi tak sombong pulak tu”
“Bagusnya layan peminat, Friendly ye Syafiq Kyle”
“Syafiq memang friendly, dari jauh dah senyum kat kita. Dari tak minat terus minat”-kata mereka
Sebagai selebriti yang dikenali ramai, haruslah menyantuni peminat dengan baik kerana jika tiada mereka yang menyokong maka tiadalah selebriti tersebut. Apa-apa pun, terbaiklah Syafiq Kyle kerana terlihat mengitu peramah menyantuni peminatnya tidak kira di mana.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.