Siapa yang tidak mengenali dengan Dato’ Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai A.Aida seorang yang sangat dihormati ramai dalam industri seni tanah air. Beliau juga seorang pelakon dan penerbit televisyen Malaysia yang disegani.
A.Aida merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat A. Aida Production yang ditubuhkan pada tahun 2003. Selain itu, beliau juga telah membintangi sebanyak 100 drama dan 3 filem serta mengarahkan beberapa muzik video. A. Aida juga pernah bekerja dibelakang tabir sebagai penolong pengarah dan pengurus penerbitan.
Tak Boleh Percaya Pada Nombor
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial instagram milik A.Aida yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 34 ribu, tanda suka hampir 9 ratus dan komen hampir 50.
Di dalam video berkenaan memaparkan A.Aida memberitahu mengenai no plat kereta kawannya yang menggunakan nombor 4 yang dianggap mati bagi kaum cina. Namun sebagai umat islam kita tidak seharusnya mempercayai perkara tersebut.
“Kawan kita ni buat koleksi nombor 4,4,4, orang kata mati, mati. mati. mengarut belaka tidak boleh percaya pada nombor”-ujar A.Aida
Rata-rata netizen setuju dengan pendapat A.Aida itu. Mereka menyatakan bahawa hanya orang cina sahaja yang mempercayai hal tersebut.
“Orang cina yang percaya macam tu, bukan orang melayu”
“Mati itu semua kekuasaan Allah taala, melayu suka sangat percaya benda2 tahyul n khurafat”
“Betul tu, saya sokong. Mana boleh percaya dekat nombor”-kata mereka
Apa-apa pun, itu adalah kepercayaan orang cina dan kita seharusnya menghormatinya namun kita sebagai orang melayu yang beragama islam tidak boleh turut mempercayainya kerana berdosa hukumnya.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.