Percayalah, ramai di antara kita merasakan mandi wajib atau mandi junub adalah satu perbuatan yang merenyahkan dan menyusahkan. Bukan apa, mandi wajib ini ada tertibnya yang perlu kita ikuti untuk bersihkan diri daripada hadas besar.
Tetapi lain pula yang dikatakann oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don. Beliau menolak tanggapan tersebut dengan menyatakan mandi wajib ini adalah perbuatan yang mudah dan tidak merenyahkan bagi setiap orang muslim.
Tak perlu tunggang terbalik, cebok sebanyak tiga kali dan sebagainya ketika mandi wajib. Sebaliknya, Ustaz Don dedahkan cukup sekadar kita ratakan air ke seluruh anggota badan tanpa perasaan was-was.
Cara mandi wajib atau mandi junub yang betul menurut Ustaz Don ini paling mudah yang Miss Murai rasakan untuk setiap orang muslim amalkan.
Caranya adalah dengan meratakan air ke seluruh badan tanpa timbul rasa was-was. Pastikan meratakan air tersebut mengikut kemampuan tangan. Apabila air sudah kena seluruh anggota badan, maksudnya mandi wajib tersebut sudah selesai.
Kongsi Ustaz Don lagi, mandi wajib adalah sangat mudah dan tidak merumitkan penganut agama Islam. Selamat beramal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.