Hanya kerana tidak saling mengikuti dalam Instagram, penyanyi Syada Amzah tampil bersuara menegaskan hubungan dengan kakaknya, Shila Amzah tidak bermasalah seperti yang didakwa ramai sebelum ini.
Menurut Syada atau nama penuhnya Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, hubungannya dengan Shila masih baik namun tidak menafikan bahawa perselisihan faham di antara ahli keluarga adalah perkara normal.
“Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik-beradik. Saya rasa sebagai manusia biasa, perkara itu adalah normal.
“Ada sahaja bertembung dengan Shila di sebuah acara dan kami saling berpeluk serta bertegur sapa.
“Jangan risau tiada insiden tarik rambut, jadi risaulah pasal keluarga sendiri dulu okey?” katanya dalam InstaStory baru-baru ini.
Menerusi perkongsian sama, dia turut menyelar dakwaan hanya memberi sokongan kepada abangnya, Syahir Amzah yang menyertai program Famili Duo bersama Shila.
Jelasnya, sokongan tersebut sebagai suntikan semangat memandangkan Syahir pertama kali menyertai pertandingan nyanyian sebesar itu sepanjang umur hidupnya.
“Saya beri semangat untuk abang daya sebab ini pertandingan nyanyian pertama yang dia sertai tanpa bandnya.
“Jadi, saya hanya menunjukkan sokongan sebagai adik dan ada juga menulis untuk The Amzah.
“Kalau saya dan Shila tidak okey, takkanlah hendak menulis The Amzah. Harap penjelasan ini menjawab semua persoalan,” ujarnya .
Sebelum ini, khabar angin Shila dan Syada saling bermasam muka menjadi bahan bualan ramai apabila dua beradik itu saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.