Pelakon jelita, Erysha Emyra berkongsi detik cemas apabila kenderaannya jenama Mini Cooper terbakar secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya, petang semalam.
Titip Rasa Syukur Berjaya Keluar Dari Kereta
Menerusi hantaran di Instagram, Erysha menitipkan rasa syukur setelah dirinya sempat keluar dari kenderaannya serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sesuatu perkara yang trauma berlaku kepada saya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini, tapi Alhamdulillah saya selamat.
Selamat tinggal kepada rakan biru saya, terima kasih atas khidmat anda.”-tulis Erysha di Instagram
Kereta Hangus 100 Peratus
Akui panik dengan insiden yang berlaku, Erysha meluahkan rasa sedih melihat kenderaan kesayangannya yang hangus sejurus pihak bomba tiba untuk memadamkan kebakaran.
“Secara tiba-tiba terbakar, dan malangnya tak dapat diselamatkan. Tapi Alhamdulillah saya berjaya keluar dari kereta, hanya panik sepanjang perjalanan. Ketika bomba sampai, kereta sudah hangus terbakar.”-luah Erysha
Semoga kuat hadapi ujian, yang penting Erysha berada dalam keadaan baik. Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.