Pelakon, Elvina Mohamad sebelum ini pernah mendapat kritikan netizen di media sosial selepas menggayakan ‘hooded gown’ di sebuah acara.
Diminta Buang Nama ‘Mohamad’ Selepas Gayakan ‘Hooded Gowns’?
Terkini, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad menerusi hantaran di Insta Stories tampil mendedahkan wajah netizen yang memintanya untuk membuang nama bapanya iaitu ‘Mohamad’ selepas dianggap telah memalukan agama Islam disebabkan gaun yang digayakannya.
“Nama Mohamad tu dah boleh buang kat IG. Memalukan agama Islam.”-komen seorang netizen
“Komen Tu Jangan Nampak Bodoh Sangat Walaupun Diri Tu Memang…”
Mempersoalkan tindakan netizen berkenaan sama ada bodoh atau pura-pura bodoh, Elvina turut meminta netizen berkenaan untuk tidak memberikan komen yang bodoh hanya kerana penampilannya yang kurang sopan.
“Adakah anda bodoh atau pura-pura bodoh? Mohamad adalah nama bapa saya? Hanya kerana aku pakai ‘hooded gowns’, aku kena buang nama bapak aku?
So adakah kesemua wanita Muslim kena buang nama bapa dia hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen tu jangan nampak bodoh sangat walaupun diri tu memang bodoh.”-bidas Elvina di Instagram
Elvina Mohamad sebelum ini mendapat kecaman netizen selepas menggayakan hooded gown yang disifatkan oleh netizen sengaja mempersendakan penampilan sebagai seorang wanita Muslim.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.