Umum mengetahui bahawa Allah S.W.T memberkati bumi Palestin dan telah turut menyucikannya seperti yang terkandung dalam al-Quran Surah al-Isra’ ayat 1.
Bahkan, di bumi Palestin inilah terletaknya Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan solat.
Selama hampir 17 bulan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat melakukan ibadat solat berkiblatkan Masjid al-Aqsa maka turunlah ayat memerintahkan supaya dialihkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Dalam pada itu, Masjid al-Aqsa juga adalah masjid yang kedua didirikan dalam sejarah peradaban manusia.
Selain daripada ganjaran yang besar sekiranya bersolat di Masjid al-Aqsa iaitu 500 gandaan solat dari tempat lain, Rasulullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bermusafir ke sana.
Berbahas soal ini, dengan lantang menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berjuang demi tanah air mereka, vokalis Dewa19, Ahmad Dhani tidak ketinggalan berkongsi gambar di depan The Dome of Rock yang menjadi mercu tanda Masjid Al Aqsa di Baitulmuqaddis.
Tidak menyatakan tarikh kunjungannya bersama anggota Dewa19 lain, ramai meneka penyanyi dan komposer tersohor itu melawat masjid tersebut ketika mereka mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.
“Mungkin satu-satunya band di dunia yang pose di Palestin,” tulis Ahmad Dhani dalam Instagramnya.
Suami kepada penyanyi Mulan Jameela itu turut berkongsi gambar mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat di masjid berkenaan.
Turut kelihatan bersamanya ialah gitaris, Andra Junaidi dan dram, Agung Yudha.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja apabila artis kesayangan mereka berpeluang menunaikan solat di Masjid Al Aqsa seterusnya meminta Ahmad Dhani mencipta lagu khas buat Palestin.
“Bikin lagu khusus untuk Palestin ya Pakde,” tulis seorang netizen.
“Tolong ciptakan lagu untuk Palestin ya abang buat penyuntik semangat pejuang,” kata peminat lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.