Penyampai radio, Fizi Ali meluahkan rasa kesal terhadap seorang netizen yang dikatakan memberikan komen yang tidak manis mengenai dirinya di media sosial.
Netizen Ini Buruk-Burukkan Fizi Ali Di Instagram?
Menerusi hantaran di Insta Stories, Fizi dilihat memuatnaik tangkap layar komen seorang netizen di DM isterinya, Zulaikha, yang bercakap buruk mengenai dirinya seolah-olah mahu ‘menganggu’ keharmonian rumah tangga mereka yang baru dibina pada Oktober lalu.
“Selalunya benda ni awal-awal perkahwinan je kak. 3-5 tahun dia akan tunjuk perangai sebenar. No hard feelings, tapi begitulah kehidupan.”-DM seorang netizen kepada isterinya
“Niat Awak Untuk Apa Ya? Pisahkan Kami Ke?”
Tidak berdiam diri, Fizi turut mempersoalkan niat individu berkenaan malah turut memintanya untuk DM (Direct Message) dengan dirinya jika individu tersebut mempunyai mempunyai sebarang permasalahan.
“Awak DM isteri saya lepastu awak bagi kata-kata macam ni dekat dia? Ada masalah DM saya. Tak perlu nak buruk-burukkan saya dekat isteri saya. Niat awak untuk apa ya? Pisahkan kami ke?-Bidas Fizi Ali
Sekadar info, Fizi Ali pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Syakilla Khoriri pada 18 Januari sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2021. Mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Ameena Sofia.
Kemudian, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.