“Memang mengancam habis penampilan Cardi B.”
Siapa yang tidak kenal dengan rapper hebat Cardi B yang sentiasa sarat dengan kontroversi. Terkini, Cardi B telah membuat penampilan sulung sebagai model dan berjalan untuk rumah fesyen Balenciaga.
Penyanyi rap 31 tahun itu berjalan di pentas peragaan pertamanya di Los Angeles untuk koleksi Balenciaga Pre-Fall 2024. Dia memakai kot bulu palsu berwarna biru terang yang bersaiz besar – merupakan highlight untuk koleksi tersebut.
Tidak dibiarkan kosong, Cardi B melengkapkan fesyen dengan set aksesori berlian, daripada cincin dan rantai yang memukau dengan perincian logo jenama.
Untuk wajahnya pula, Cardi B kelihatan dengan dandanan rambut hitam berkilat yang dirias ekor kuda. Dia memadankan dengan bibir merah gelap yang menggoda dan solekan mata dramatik dan juga kening nipis memberi kesan wanita Asia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.