Dikaitkan dengan tuduhan berkaitan dadah baru-baru ini, G-Dragon tampil memberikan kenyataannya di balai polis. Selepas dibebaskan daripada tuduhan tersebut, kini bekas ahli BIGBANG itu secara rasminya meninggalkan YG Entertainment.
Kalau kamu nak tahu, YG Entertainment menjadi tempat untuk G-Dragon mengembangkan kariernya sejak debut pada 17 tahun lalu. Perpisahan itu diumumkan oleh YG Entertainment sendiri selepas G-Dragon mengambil keputusan untuk tidak lagi memperbaharui kontraknya.
“Ini adalah YG Entertainment.
G-Dragon adalah salah seorang artis wakil agensi kami, dan sepanjang masa bersamanya sejak debut bersama BIGBANG pada tahun 2006 merupakan satu penghormatan.
Kami amat mendoakan kejayaan G-Dragon pada permulaan baharunya.Kami meminta peminat untuk banyak galakan dan sokongan.
Terima kasih.”
Kontrak G-Dragon dengan YG Entertainment telah tamat pada Jun 2023, dan syarikat ini juga memberitahu yang mereka bekerjasama dengan penyanyi tersebut melalui kontrak berasingan untuk aktivitinya yang lain.
Kini G-Dragon dikatakan menandatangani kontrak bersama syarikat Galaxy Corporation. Semoga maju jaya G-Dragon!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.