Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita Malaysia, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau lebih dikenali sebagai Intan Ladyana. Selain seorang pelakon, Intan Ladyana juga seorang model dan pengacara wanita di Malaysia.
Memulakan kerjayanya pada tahun 2005, membuatkan Intan Ladyana cukup matang dan dikenali ramai dalam industri seni tanah air. Mendirikan rumahtangga bersama Harris Alif pada tahun 2021 serta mereka semakin bahagia bersama cahaya mata mereka.
Jarak usia antara Intan Ladyana dan Harris Alif tidak menjadi masalah dalam hubungan mereka kerana Harris Alif kelihatan sangat matang selepas menjadi suami Kepada Intan Ladyana.
“MashaAllah, Comelnya Babybump”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik peminat Intan Ladyana iaitu @intannladyanaa yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.1 juta, tanda suka sebanyak 124 ribu dan sebanyak 1618 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan Intan Ladyana yang memakai busana berwarna krim dan merah hati yang sedang duduk dan terlihat bonjolan perutnya yang sedang mengandung anak kedua.
https://www.tiktok.com/@intannladyanaa/video/7318459628872846610?_t=8igX8g96Rf8&_r=1
Rata-rata ramai yang memuji penampilan Intan Ladyana itu. Mereka juga mengatakan bahawa tidak salah untuk mengandung walaupun telah berumur lingkungan 40-an, asalkan tubuh badannya masih sihat dari sebarang penyakit.
“Bila jatuh di tangan lelaki yang tepat dia makin cantik”
“Walau suami dia muda, nampak cerminan yang baik dari suami dia, semoga jodoh kekal hingga ke jannah”
“Umur kalau lebih dari 40 tahun, kalau sihat tubuh badan, boleh je pregnant Insyaallah. Yang dokter larang tambah tu bagi yang sangkut penyakit n tak terkawal. Gula dalam darah, high bp ke”-kata mereka
Apa-apa pun, semoga hubungan Intan Ladyana dan suami semakin erat. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.