Kamu antara individu malang yang mempunyai masalah mulut berbau?
Kamu mungkin tahu chia seed atau biji chia bermanfaat untuk kesihatan pencernaan, yakni penyelesaian penurunan berat badan yang terbaik. Tetapi tahukah kamu ia mengandungi vitamin dan mineral yang juga baik untuk gigi kamu?
Biji chia yang kecil ini adalah makanan yang cukup berkuasa dan terkenal kerana kepentingannya dalam kesihatan. Padat dengan nutrien, kajian telah mendedahkan bahawa kerap makan biji chia boleh meningkatkan kesihatan kamu dalam pelbagai cara. Salah satunya adalah untuk kesihatan gigi.
Untuk info, biji chia kaya dengan kalsium, fosforus, vitamin A dan zink, jadi tidak hairanlah ia makanan terbaik untuk membantu gigi kamu.
Terima kasih kepada kandungan kalsium yang tinggi, biji chia adalah makanan ajaib untuk gigi kita. Zink yang terdapat dalam biji chia boleh membantu mengelakkan tartar gigi. Sifat antibakteria pula membantu mengawal nafas berbau. Vitamin A dan fosforus pula penting untuk gigi yang kuat dan mulut yang sihat.
Memandangkan biji chia adalah serba boleh, dan mempunyai manfaat kesihatan yang banyak. Kamu boleh amalkan dalam pelbagai cara. Biarkan semalaman untuk sarapan, atau dimakan mentah sebagai hiasan makanan. Kamu boleh juga mengambilnya sebagai tambahan dalam jus, minuman detoks dan sebagainya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.