Terbaru selebriti versatil, Kelly Azman meluahkan rasa bengangnya apabila seorang rakan artis tergamak mengambil hak cipta lagunya.
Lagu Yang Sama
Lagu Kelly Azman sebelum ini yang bertajuk No No No dikatakan dinyanyikan semula oleh selebriti Erry Putra.
Malah, katanya pihak Erry Putra hanya menukar tajuk, dan beberapa baris lirik sahaja ditukar sementara melodi lagu diubah sedikit menjadi rock.
Kelly Azman turut memuat naik hantaran di Tiktok miliknya menjelaskan situasi tersebut.
Dalam video tersebut, Kelly memaparkan beberapa keratan video lagu yang dinyanyikan oleh Erry Putra yang dikatakan sama dengan lagunya.
Berbincang Sebelum Mengeluarkan Lagu
Jelas Kelly, lagu tersebut sama seperti lagu yang dicipta dan ditulis olehnya.
Korang dan tengok kan, dah dengarkan lagu tu kan, sebijik macam lagu aku.
Masalahnya Erry, kau bukan tak kenal aku, kau boleh jumpa aku je. Bincang. Minta kebenaran. Itu lagu aku. Kenapa kau ‘claim’ single terbaru kau?
Itu hak cipta aku. Aku pencipta dia, aku penulis lirik dia. Tapi tak boleh kau ‘claim’ itu single terbaru kau. Tak boleh!
Kelly juga turut menyatakan bahawa sepatutnya pihak Erry Putra datang dan berjumpa dengannya dan berbincang serta minta kebenaran.
Cuba Menghubungi Erry Putra
Kelly juga seolah-oleh pelik apabila Erry Putra telah memaklumkan bahawa lagu tersebut adalah lagu ‘single’ terbarunya sedangkan lagu No No No nyanyian Kelly telah lama dikeluarkan pada tahun 2016.
Atas kejadian tersebut, pihak Kelly telah mencuba untuk menghubungi Erry Putra namun setakat ini masih tiada maklum balas.
Malah Kelly juga memilih untuk tidak membesarkan isu ini ke pihak berkuasa dan hanya berharap agar pihak yang menciplak karyanya tampil untuk berbincang bagi menyelesaikan kes.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.