Baru-baru ini, pelakon terkenal, Sharifah Amani telah berkongsi khabar gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulung.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al Yahya menerusi hantaran di Instagram, semalam.
“Syukur Alhamdulillah ✨❤️✨.”-kapsyen Sharifah Amani di Instagram
Titip Ucapan Istimewa Buat Suami
Terkini, Amani menerusi Instagram dilihat menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir suami tersayang, Ahmed Faris Amir.
“Happy birthday bapak anak ai 🥰. Best gila bercinta dengan yu. Terima kasih for everything. May everything be eased and may all your dreams come true. InsyaAllah ✨ I ❤️ u.”-titip Amani
“Muka Sama Awak Berdua Ni.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Ahmed Faris, malah ramai yang memuji wajah Sharifah Amani yang kelihatan semakin berseri ketika hamil.
“You really got that pregnancy glow on you. So happy for both of you.”
“Congratulations, jaga diri baik-baik, makan sedap-sedap nanti dah kena pantang.”
“Muka sama ea awak berdua ni.”
“Comel je you all ni. May Allah mudahkan semua urusan.”
“Memang jodoh kuat. Muka seiras. mesti baby lagi cute.”
“Happy birthday Ahmed Faris, moga kalian sentiasa di bawah rahmat-Nya aamin.”
Sekadar info, Sharifah Amani mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Ahmed Faris Amir dalam satu majlis tertutup pada September 2022.
Pasangan ini dinikahkan oleh ketua imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara, Ustaz Rahimi P. Ramlee, yang juga Penolong Pendaftar Nikah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mewakili bapa pengantin perempuan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.