Siapa sangka penyanyi, Stacy Anam di sebalik topeng Bunga Matahari sehingga diumumkan sebagai juara The Mask Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) pada Ahad.
Beri Manfaat Kepada Karier
Stacy menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia tidak akan melupakan program berkenaan yang telah memberinya pengalaman yang menyeronokkan dan manfaat pada kariernya sebagai seorang penyanyi.
“Hi saya lah si Bunga Matahari!! Selesai 10 minggu bermain game The Mask Singer Malaysia 4 Alhamdulillah.
Saya tidak melupakan pengalaman menyeronokkan ini dan bagi saya memberi manfaat pada karier saya sebagai seorang penyanyi. Dengan iringan Band yang padu dan idea konsep yang menarik fuhh memang saya sangat enjoy👍🏼
Terima kasih kepada semua juri2 yang menghiburkan kami, Paknil @aznilnawawihm dan Dato AC @dac_acmizal yang saya hormati dan rakan2 artis terima kasih.”-tulis Stacy di Instagram
“Semoga Terubat Rindu Kamu Untuk Dengar Nyanyian Saya…”
Dalam pada itu, Stacy meluahkan raa kagum dengan peminat Bunga Matahari yang yakin dengan dirinya meskipun masih belum membuka topeng ketika itu.
“Yang sentiasa saya kagumi dan hargai, fans yang mengundi dan menyokong tiap-tiap minggu. Walaupun belum buka topeng tapi yakin!💃🏻🤣 Terima kasih @teamsgs dan peminat-peminat bunga matahari yang bertungkus lumus mengundi 🙏🏻
semoga terubat rindu kamu untuk dengar nyanyian saya dalam berbagai lagu.
Lastly my families yang sentiasa support saya sepanjang minggu i love you❤️ Terima kasih semua!.”-luah Stacy
Stacy berjaya menambat hati sembilan juri tetap dengan persembahannya menyanyikan lagu Lathi, nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan sehingga berjaya mendapat markah keseluruhan 80.91 peratus (%).
Tahniah Si Bunga Matahari!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.