Siapa yanng tidak mengenali jejaka tampan Hisyam bin Hamid atau lebih dikenali sebagai Hisyam Hamid. Dia merupakan seorang pelakon dan pengacara di Singapura dan telah berhijrah ke Malaysia untuk melebarkan lagi sayapnya sebagai seorang pelakon.
Hisyam Hamid mula dikenali ramai selepas berlakon dalam beberapa drama televisyen seperti Memori Cinta Suraya, Gerak Khas, Ariana Rose dan banyak lagi. Drama-drama dan filem lakonannya sering mendapat perhatian ramai dek kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokongnya di Malaysia.
“Nak Lepas Geram Ke Apa? Lain Macam Makan Cili Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hisyam Hamid yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 228 ribu, tanda suka sebanyak 6,590 dan sebanyak 380 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hisyam Hamid yang memakan cili dengan bersahaja dan menampakkan riak wajahnya yang menahan ngantuk.
“Beritahu yang kau marah tanpa memberitahu yang kau marah”-Hisyam Hamid
@hisyamhamid77 Tell me you’re angry without telling me you’re angry 😤 #hisyamhamid #nakmarahtapikenasabar
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga sempat menanyakan kepada Hisyam Hamid bahawa kepada siapakah yang dia sedang marah, namun jawapan Hisyam Hamid sangat meragukan.
“Bila Kau Marah Dekat Orang Yang Tak Boleh Nak Marah”-Kata Hisyam Hamid
Apa-apa pun, masih tidak ketahui kepada siapakah yang membuat Hisyam Hamid begitu marah, berkemungkinan ianya hanya konten semata-mata. semoga kita semua diberikan rezeki yangmelimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.