Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ustaz Don Daniyal Mohon Maaf Atas Kekeliruan Kenyataan Mengenai Puasa Hari Tasyrik

by Puteri Alia
June 19, 2024
Share on Facebook

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, baru-baru ini memohon maaf kepada para pendengar dan pengikutnya selepas memberi kenyataan yang mengelirukan mengenai hukum berpuasa pada Hari Tasyrik.

Permohonan maaf ini disampaikan melalui Instagram (IG), menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini mungkin telah menyebabkan kekeliruan.

 “Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua. Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.” – kata Ustaz Don

Ustaz Don menjelaskan bahawa jawapan yang betul adalah tidak dibenarkan berpuasa pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik, iaitu pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

“Okey jawapan yang betul pada Aidiladha tak boleh puasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah)… Okey,” katanya.

Kekeliruan ini bermula apabila audio Ustaz Don menjawab soalan pendengar mengenai hukum berpuasa pada hari raya tular di media sosial.

Dalam audio tersebut, beliau mengatakan bahawa diharamkan berpuasa pada hari raya pertama sama ada Aidilfitri mahupun Aidiladha, tetapi hari raya kedua, ketiga, dan keempat boleh berpuasa.

“Jadi kalau tanya boleh tak berpuasa pada Aidiladha, tak boleh kalau hari raya yang pertama. Hari raya kedua, Ketiga dan keempat bolehlah. Sama juga macam Aidilfitri. Aidiladha tak boleh, Aidilfitri tak boleh pada hari raya pertama,” kata Ustaz Don dalam audio yang tular itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Ustaz Don berkata bahawa soalan yang diajukan adalah mengenai puasa pada Hari Raya Aidiladha, dan dalam rakaman tersebut beliau cuba memberikan jawapan yang mudah difahami.

“Masa itu nak bagi faham sahaja, hari raya pertama tak boleh puasa… Itu sahaja. Tapi saya minta maaf, sebab jawab mengelirukan. Maafkan saya,” katanya lagi.

Permohonan maaf Ustaz Don menerima reaksi positif dari pengikutnya. Ramai yang menyifatkan tindakan Ustaz Don mengakui kesilapan adalah tindakan yang terpuji. Ada yang berkata, “Mengaku kesalahan lagi mulia dari bongkak dan tidak mahu mengaku salah.”

Ustaz Don Daniyal kini berharap agar penjelasan dan permohonan maafnya dapat menghilangkan sebarang kekeliruan mengenai hukum berpuasa pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik.

Sebagai pendakwah yang dihormati, sikap terbukanya dalam mengakui kesilapan dan memperbetulkan kenyataan menunjukkan komitmennya untuk memberikan panduan yang tepat kepada umat Islam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hari Raya AidiladhaHari TasyrikUstaz Don
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia....

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara