Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Banglo Yang Pernah Menjadi Saksi Kegemilangan Hidup, Kini Anak Lelaki Datuk Sharifah Aini Berjaya Jual Rumah Itu

by Puteri Alia
July 3, 2024
Share on Facebook

Selepas enam tahun berita mengaitkan banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini akan dijual, kini kediaman tersebut telah dirobohkan sepenuhnya.

Banglo yang pernah menjadi saksi kegemilangan hidup penyanyi tersohor itu kini tinggal kenangan setelah anak lelaki tunggal Allahyarham, Aliff Omar Ali, 42, berjaya menjualnya.

Banglo yang terletak di Petaling Jaya itu memiliki pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan, dan bilik pembantu rumah.

Walaupun harga asal yang diiklankan pada tahun 2018 adalah RM8 juta, banglo tersebut akhirnya berjaya dijual pada harga kira-kira RM4 juta.

Menurut Aliff, keputusan untuk menjual kediaman ibunya bukanlah mudah tetapi ia adalah langkah yang dianggap tepat.

“Walaupun saya sedih (jual rumah ibu), tapi saya rasa itu adalah keputusan yang betul. Terima kasih atas perhatian dan ingatan kepada arwah ibu yang sudah lama meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Aliff juga menyifatkan urusan berkaitan rumah pusaka peninggalan arwah ibunya sudah selesai dan berharap semua pihak dapat memahami keputusannya.

Kini, banglo dua tingkat tersebut hanya tinggal timbunan runtuhan dan dalam proses diratakan oleh pemilik baharu yang merancang untuk membangunkan projek bangunan komersial di tapak tersebut.

Allahyarham Sharifah Aini, yang memulakan karier seni pada era 1970-an, meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat komplikasi fibrosis pulmonari ketika berusia 61 tahun, hanya tiga hari selepas ulang tahun kelahirannya pada 2 Julai 1953.

Topik Berkaitan Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan- ‘Hanya Rumput Hijau Yang Indah'’

Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan pelakon yang disegani. Antara filem yang dibintanginya adalah “Hapuslah Air Matamu” (1976), “Sumber Ilhamku” dan “Bintang Pujaan”.

Dalam bidang nyanyian, Allahyarham popular dengan lagu-lagu seperti “Mawar Putih Untuk Mama,” “Terbang Helang,” “Hapuslah Airmatamu,” “Seri Dewi Malam,” dan “Seribu Mawar.”

Pengaruh dan bakatnya yang luar biasa turut diiktiraf melalui peranannya sebagai mentor kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Shiha Zikir menerusi program realiti, “Mentor 5” di TV3 pada 2011, di mana Shiha dinobatkan sebagai naib juara.

Kehilangan banglo ini pastinya memberikan impak besar kepada peminat dan mereka yang menghargai sejarah seni Allahyarham Sharifah Aini. Namun, legasi dan karya seni beliau akan terus dikenang dan dihargai oleh generasi kini dan akan datang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Allahyarham Dato Sharifah Ainisharifah aini
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Imran Khan
Spotlight

Aktor Imran Khan ‘Diusir’ Dari India Selepas Sertai Protes Politik

by Nurul A.
October 20, 2026

Aktor Bollywood Imran Khan dilaporkan telah diminta untuk meninggalkan India menjelang akhir Oktober selepas pihak berkuasa mendakwanya melanggar peraturan imigresen....

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Spotlight

Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu? Confessions Of A Shaman Bongkar Kisah Dendam Berdarah

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kadangkala, perkara paling menakutkan bukanlah sesuatu yang muncul dari alam ghaib, tetapi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Spotlight

Awie Masuk Dunia Reggae? Kolaborasi Dengan Sasi The Don Cetus Kelainan

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Dunia muzik tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi menarik apabila penyanyi reggae dan dancehall terkenal, Sasi The Don, bergabung dengan ikon...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara