Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Kami Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin Iaitu Kerana Allah”- Farid Dan Diana Akui Kini Lebih Bahagia

by Puteri Alia
July 6, 2024
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Farid Kamil Zahari, dan isterinya, Diana Danielle, sering dianggap sebagai pasangan contoh oleh peminat mereka kerana keberanian mereka untuk kembali bersama selepas bercerai.

Namun, bagi Farid, perkara ini bukanlah sesuatu yang patut dijadikan teladan secara mutlak. Menurutnya, mereka hanya kembali kepada niat asal perkahwinan mereka.

Farid, 43, menjelaskan bahawa apa yang dipaparkan kepada umum mengenai perceraian mereka bukanlah sesuatu yang baik.

“Macam saya katakan sebelum ini, apa yang kami lakukan itu bukanlah contoh terbaik. Namun, apa yang boleh saya katakan ialah, kami kembali kepada niat asal perkahwinan ini. Apabila kami faham antara satu sama lain, niat asal kami berkahwin kerana Allah, semuanya menjadi mudah,” katanya.

Farid juga berkongsi bahawa dia dan Diana telah menemui jalan dan titik persefahaman selepas berbincang secara mendalam untuk menangani kemelut rumah tangga mereka.

View this post on Instagram

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

“Sebelum ini mungkin pemikiran dan pemahaman kami tidak selari tetapi apabila sudah duduk berbincang, kami kini berada dalam fasa bahagia. Saya sebagai seorang ayah dan lelaki, rasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Sebab semua ini sudah tertulis dan kami hanya menjalani sahaja perjalanan ini,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa mereka masih belum ke mahkamah bagi urusan rujuk, Farid menegaskan bahawa semuanya sudah diselesaikan dengan cara yang tenang dan tanpa mengejar sensasi.

“Rujuk sudah lama berlaku secara dasarnya. Kami ambil jalan tengah untuk selesaikan masalah itu (cerai) dengan rujuk. Kami juga tidak menguar-uarkan bahawa benda itu jadi berita sensasi dan cuma ambil jalan mudah dan terbaik,” katanya.

Untuk rekod, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Kisah Farid dan Diana yang memilih untuk rujuk selepas perceraian menunjukkan bahawa dengan niat yang betul dan komunikasi yang baik, setiap masalah dalam rumah tangga boleh diatasi.

Keputusan mereka untuk kembali bersama bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada mereka, tetapi juga memberikan harapan kepada pasangan lain yang mungkin menghadapi cabaran yang sama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
diana daniellefarid kamil
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara