Jualan EPIC Traveloka mungkin akan tamat tidak lama lagi, tetapi masih ada masa untuk menempah percutian impian anda, terutamanya apabila promosi percutian dalam talian terbesar masih dilangsungkan oleh platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara.
Sehingga 11 Ogos 2024
Bermula 30 Julai hingga 11 Ogos 2024, Jualan EPIC Traveloka menawarkan tawaran tanpa tandingan dengan penjimatan hingga 50% bagi tiket penerbangan, penginapan hotel, tempat tarikan dan aktiviti.
Semuanya dipilih dengan teliti bagi memastikan pengembara bukan sahaja mendapat lebih daripada apa yang dibayar oleh mereka malah bagi mengukir kenangan bagi antara percutian yang tidak akan dilupakan.
Disamping pelancaran Jualan EPIC, Traveloka juga telah memperkenalkan Superstar Global Ji Chang-wook sebagai duta jenama mereka di Indonesia.
Tawaran Ke Pelbagai Negara
Tawaran peluang terakhir yang tidak patut dilepaskan termasuk tiket penerbangan ke Korea Selatan dengan diskaun hingga 50% dengan Malaysia Airlines dan nikmati promosi ‘Beli 2 untuk 1 Harga’ bagi penginapan hotel 5-bintang di Ascott dan Accor.
Terdapat juga promosi tiket ‘Beli 2 Percuma 2’ di Universal Studio Singapura serta tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ di destinasi-destinasi popular seluruh dunia antaranya Zoo Singapura dan Muzium Madam Tussauds Bangkok.
Sesuai dengan namanya, Jualan EPIC ini berlangsung secara serentak di enam buah negara – Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Australia.
3 Destinasi Popular
Capaian geografi bukanlah aspek paling menonjol bagi promosi kali ini. Data pilihan dan trend pengguna dari permulaan Jualan EPIC 2024 mendedahkan tiga pilihan destinasi popular adalah Thailand, Jepun dan China, manakala tiga tempat tarikan dan pengalaman teratas adalah Disneyland Hong Kong, Aquaria KLCC dan Amverton Riverine Splash.
Pengembara juga turut berkongsi mengenai hotel dan tempat penginapan kegemaran mereka dan menamakan Hotel WOLO, Hotel Hard Rock Penang dan Copthorne Cameron Highlands sebagai tiga pilihan utama.
Untuk maklumat terperinci mengenai Jualan EPIC 2024, layari laman web rasmi Traveloka atau ikuti di media sosial Instagram, Facebook, and X.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.