Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Didakwa Rentap Tudung Sambil Acu Gunting, Uqasha Bela Diri Maklum Pembantu Peribadi Ambil Barang Suka Hati

by Puteri Alia
August 26, 2024
Share on Facebook

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose, 32, baru-baru ini tampil mempertahankan diri selepas bekas pembantu peribadinya mendakwa beliau sebagai seorang “kaki pukul”.

Uqasha, yang nama sebenarnya ialah Nik Zaris Nik Sen, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan keterlaluan.

Pelakon yang dikenali menerusi pelbagai drama popular ini menegaskan bahawa sekiranya benar tuduhan tersebut, bekas pembantu peribadinya itu perlu mengemukakan bukti kukuh, bukan sekadar membuat dakwaan tanpa asas.

Uqasha turut mempersoalkan tindakan bekas pembantu peribadinya yang hanya membuat laporan polis tujuh hari selepas kejadian didakwa berlaku. Menurutnya, tindakan tersebut menimbulkan persoalan tentang ketulenan dakwaan yang dibuat.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Uqasha menyatakan, “Cakap memanglah mudah, saya pun boleh reka apa sahaja cerita. Kalau betul (kaki pukul), tunjukkanlah bukti atau gambar. Atau terus pergi buat laporan polis, tetapi kenapa selepas tujuh hari baru buat laporan?”

Dalam usaha mempertahankan diri, Uqasha juga berkongsi beberapa bukti melalui platform media sosialnya, mendakwa bahawa bekas pembantu peribadinya sering meminjam wang tanpa membayar balik, malah masuk ke rumahnya sesuka hati dan mengambil barang-barang peribadi tanpa izin.

“Dengan kakak saya dia cuba, sejenis muka tembok. Banyak lagi perbualan minta pinjam duit sana-sini, tapi cukuplah satu dua ini,” katanya lagi.

Uqasha juga meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas pembantu peribadinya yang dikatakan tidak mempunyai adab, “Masuk rumah orang sesuka hati, waktu ini sudah mula rasa tak suka, macam tak ada adab. Mak bapa tak ajar main masuk rumah orang.”

Topik Berkaitan Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- "Terima Kasih Ayah..."

Tambah Uqasha, meskipun dia tidak mengaku dirinya seorang yang sempurna atau terlalu lemah lembut, dia sentiasa cuba berbuat baik kepada orang lain, terutama mereka yang berbuat baik kepadanya. Namun, beliau kesal apabila kebaikannya dibalas dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Selepas beberapa orang membuangnya kerja, saya ambil tanpa bertanya sejarahnya. Saya melayannya dengan baik, siap keluar masuk seperti rumah sendiri. Macam tiada rumah sendiri, takkan nak halau,” jelasnya.

Uqasha turut mendedahkan bahawa walaupun dia tidak mempunyai penggambaran dari Oktober hingga Jun, dia tetap membayar gaji pembantu peribadinya itu. Namun, kebaikannya itu dibalas dengan pengkhianatan.

“Saya tak cakap kosong, tapi cakap sekali dengan bukti,” tambahnya lagi.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha menjadi perhatian dalam kalangan netizen di media sosial selepas isu dakwaan bekas pembantu peribadinya yang mendakwa pelakon itu bersikap kasar mula tersebar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kamal adliuqasha kaki pukuluqasha pukul PAuqasha pukul pelakonuqasha senrose
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Spotlight

“Tak Mahu Turunkan Key”- Jaclyn Victor Cabar Diri Dalam Konsert Bersama MPO

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Selepas sekian lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), penyanyi berkuasa vokal, Jaclyn Victor akhirnya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara