Pelakon, Fikry Ibrahim berkongsi khabar duka apabila bapanya, Ahmad Ibrahim telah pergi mengadap Ilahi, pagi ini.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Fikry menerusi hantaran di Instagram, memohon doa orang ramai buat Allahyarham bapanya itu.
“Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahmatullah. Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-dosa beliau, dipermudahkan segala urusan dan ditempatkan bersama kalangan orang beriman. Terima kasih semua.”-tulis Fikry Ibrahim di Instagram
Netizen & Rakan Selebriti Titip Doa & Ucapan Takziah
Hantaran Fikry dihujan dengan komen netizen serta rakan selebriti yang rata-ratanya memberikan ucapan takziah serta menitipkan doa buat Allahyarham.
“Salam takziah hampa. Al-Fatihah.”-Rozita Che Wan
“Salam takziah bro. Stay strong.”-Hilal Azmi
“Salam takziah to you and your family. Moga dipermudahkan segala urusan 😢.”-Nanaa Sheme
“Al Fatihah dan salam takziah semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman amin.”-Zarul Umbrella
“Innalillahiwainnailaihirojiun dan salam takziah.”-Zulkifli Ismail
“Al – Fatihah dan salam takziah.. moga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman dan beramal soleh.”-Fendy Bakry
“Semoga dipermudahkan segala urusan.. Salam Takziah.”
“Innalillahiwainnalillahirajiun Salam takziah buat abang sekeluarga… Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman… AL Fatihah (dibaca).”
Kami di Murai MY turut mahu menitipkan salam takziah buat Fikry sekeluarga. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.