Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Tak Perlu Team A Atau Team B”-Umie Aida Nasihat Jangan Campur Tangan Urusan Fattah Dan Fazura

by Puteri Alia
September 16, 2024
Share on Facebook

Pelakon Datin Seri Umie Aida tampil memberikan nasihat berhubung kegairahan masyarakat yang terlalu obses dalam memilih pihak ketika berbicara mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti sensasi, Fazura dan Fattah Amin.

Menurut Umie, tindakan memilih “team” dan campur tangan dalam masalah peribadi pasangan tersebut hanya akan memburukkan keadaan.

Dalam satu video yang dikongsi melalui TikTok, Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 50, menasihati khalayak agar tidak terlibat dalam perbalahan yang tercetus di media sosial mengenai isu tersebut.

“Tak perlu nak ada team A atau team B. Cukup mendoakan yang baik-baik dan kita tak perlu masuk campur dalam ujian yang mereka lalui. Sayang Fattah dan Fazura,” kata pelakon filem Embun itu dalam videonya.

Umie juga menyelitkan pesanan penting kepada pengikutnya di media sosial supaya menjaga kata-kata dan berhati-hati sebelum menulis sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan.

Menurutnya, setiap orang pasti akan diuji dalam kehidupan dan perlu sedar bahawa percakapan yang tidak terkawal boleh membawa kesan yang tidak diingini.

“Ingat kita sendiri pun ada lalui ujian dalam setiap kehidupan kita. Jadi berhati-hati dengan lisan kita semua ya. Insya-Allah, semoga segalanya berjalan dengan baik buat mereka berdua,”tambahnya lagi.

Ucapan ini diberikan Umie selepas berita mengenai pergolakan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin menggegarkan dunia hiburan.

Topik Berkaitan Umie Aida Titip Ucapan Istimewa Sempena Perkahwinan Erra Fazira & Ezwan-"Berkat Hari Jumaat.."

Kelmarin, Fazura dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Shah Alam. Berita tersebut sekaligus mengesahkan spekulasi yang selama ini dinafikan oleh pasangan popular itu.

Di tengah kontroversi tersebut, Fattah Amin, bintang filem Pendekar Awang, menegaskan bahawa dia masih menyayangi Fazura dengan sepenuh hati dan menolak tuduhan berlaku curang.

Spekulasi tentang perpisahan mereka turut mencetuskan khabar angin yang mendakwa Fattah menjalin hubungan dengan penata gaya Fazura, yang kemudian menjadi perbualan hangat di media sosial.

Pasangan itu, yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Nasihat daripada Umie Aida ini diharap dapat memberikan perspektif yang lebih tenang dan rasional kepada masyarakat, agar tidak menambahkan tekanan kepada Fazura dan Fattah dalam menghadapi ujian rumah tangga mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fattah aminfazuraUmie Aida
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Dadali, Repvblik, Armada & Samsons Wajib Tahu 3 Kejutan Konsert D.R.A.S. Ini

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Ada lagu yang cukup dengan mendengar intro sahaja, kita sudah teringat seseorang. Lebih-lebih lagi lagu patah hati yang pernah menjadi...

Read moreDetails
Shah Rukh Khan
Spotlight

Shah Rukh Khan Bongkar, Pernah Hampir Dibunuh Sebelum Kahwin

by Nurul A.
November 26, 2026

Seperti yang kita sedia maklum; perbezaan agama di antara pasangan Bollywood Shah Rukh Khan dan Gauri Khan menjadi punca utama...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Spotlight

Astro Sapu 19 Anugerah AACA 2026, Good Boys Go to Heaven Paling Menyerlah

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau selama ini kita hanya tengok drama, filem atau rancangan Astro untuk hiburan, nampaknya hasil kerja di belakang tabir mereka...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara