Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kalau Mati Macam Mana”- Jawapan Shu Mengenai Punca Tidak Membalas Tumbukan Hafidz Roshdi Curi Perhatian Netizen

by Puteri Alia
September 17, 2024
Share on Facebook

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, mencuri perhatian netizen apabila memberikan jawapan yang bersahaja mengenai sebab dia tidak membalas tumbukan yang diterima daripada bekas suaminya itu.

Dalam satu siaran langsung video ketika menjual produk kosmetik, Shuhada, 30, dengan nada berseloroh menjelaskan mengapa dia memilih untuk tidak melakukan serangan balas.

“Kenapa saya tidak tumbuk dia semula? Nanti kalau saya tumbuk dia balik, kemudian dia cekik saya lepas itu mati nanti macam mana?” kata Shuhada sambil ketawa kecil, menarik perhatian ramai.

Jawapan spontan itu diberikan Shuhada apabila dia ditanya mengenai tindakannya ketika insiden yang berlaku sebelum mereka bercerai.

Dalam siaran langsung yang sama, Shuhada turut berkongsi gambar wajahnya yang mengalami beberapa masalah kulit, termasuk parut di pipi kirinya yang jelas kelihatan akibat ditumbuk.

Tanpa berselindung, Shuhada mendedahkan parut tersebut adalah hasil daripada tindakan kasar bekas suaminya, Hafidz Roshdi.

“Kalian tanya bagaimana boleh jadi seperti itu? Malas saya hendak cerita sebab kalian tahu yang saya kena tumbuk. Itulah kesan yang dapat dilihat,” jelasnya dengan tenang.

Pendedahan tersebut mengundang simpati ramai pengguna media sosial, yang meluahkan rasa prihatin terhadap Shuhada. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada ibu dua anak ini, yang kini menetap di Australia bersama anak-anaknya selepas melalui fasa sukar dalam kehidupannya.

Topik Berkaitan Bengang Disekat Shuhada, Hafidz Roshdi Luah Rindukan Anak- "Saya Nak Hak Lawat"

“Kasihan Shu. Semoga kuat dan dimurahkan rezeki,” tulis seorang netizen, manakala yang lain turut mendoakan kesejahteraan hidupnya di masa hadapan.

Kisah rumah tangga Shuhada dan Hafidz mula menjadi perhatian media sejak insiden keganasan rumah tangga tersebut pada awal 2023.

Pada 13 Mac 2023, Hafidz didakwa di mahkamah atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada ketika itu, dengan menumbuk pipi kiri wanita itu sebanyak tiga kali, sehingga menyebabkan luka, lebam, dan bengkak.

Meskipun Shuhada pada awalnya menarik balik laporan yang difailkan terhadap Hafidz pada Julai lalu, pihak pendakwaan memutuskan untuk meneruskan kes tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, dengan perbicaraan dijadualkan untuk dilangsungkan.

Pada 27 Julai 2023, pasangan ini secara rasmi disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Kini, dengan kehidupan baru di Australia, Shuhada dilihat semakin kuat dan tabah mengharungi masa depan bersama anak-anaknya, sementara kemelut perbicaraan kes Hafidz masih berlanjutan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hafidz roshdihafidz roshdi tumbuknurul shuhada mat shukri
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara