Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Fazura Macam Saya, Tak Tunjuk Masalah” – Adira Suhaimi Faham Perasaan Fazura Pilih Memendam Soal Suami

by Puteri Alia
September 19, 2024
Share on Facebook

Penyanyi terkenal Adira Suhaimi, yang pernah melalui kemelut rumah tangga, mendedahkan bahawa pelakon dan usahawan Nur Fazura berkongsi sifat yang sama dengannya apabila berdepan masalah peribadi memilih untuk tidak menunjukkannya kepada umum.

Menurut Adira, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, Fazura sentiasa kelihatan tenang sepanjang bekerja dengannya di set penggambaran drama.

“Di set penggambaran, Fazura sangat okey. Dia seperti saya, tidak pernah tunjukkan masalah kepada orang lain,” kata Adira dalam satu perkongsian video di aplikasi TikTok, memuji sikap profesional Fazura walaupun sedang berdepan ujian rumah tangga.

Kenyataan ini muncul selepas bekas suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, turut berada dalam sesi langsung tersebut ketika mereka mempromosikan produk sambal. Datuk Red mengakui bahawa Adira dahulu juga seorang yang sangat tertutup tentang masalah peribadinya.

Menurut Datuk Red, Adira jarang berkongsi perihal rumah tangga atau apa sahaja masalah peribadi, termasuk dengan orang yang rapat dengannya.

“Tapi memang betul, Adira dahulu tidak cerita masalah dia kepada sesiapa, termasuk ibunya sendiri. Bukan saja wartawan atau adik-beradik, malah ibunya sendiri pun tak tahu apa yang dia sedang lalui,” katanya sambil menambah bahawa Adira lebih selesa menyimpan kemas segala perasaannya.

Adira, penyanyi yang terkenal dengan lagu Takdir Tercipta, pernah melalui perjalanan peribadi yang sukar dalam perkahwinannya dengan Datuk Red.

Topik Berkaitan Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

Walaupun rumah tangga mereka akhirnya berakhir dengan perceraian, Adira tetap tenang dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah kepada khalayak ramai, sama seperti Fazura yang turut memilih jalan yang sama.

Dalam video tersebut, Datuk Red turut berkongsi pandangannya mengenai kemelut rumah tangga yang sedang melanda Fazura dan suaminya, aktor Fattah Amin. Menurutnya, tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

“Itu sudah bahagian dia (Fazura). Adira sudah melalui apa yang dia lalui. Kita tak berada dalam kasut dia, jadi kita tak boleh buat sebarang spekulasi tentang siapa yang bersalah,” ujar Datuk Red, merujuk kepada situasi Fazura dan Fattah.

Isu rumah tangga Fazura dan Fattah mengejutkan peminat apabila Fazura dilaporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 13 September lalu. Sejak itu, pelbagai spekulasi dan dakwaan muncul, termasuk tuduhan bahawa Fattah berlaku curang.

Namun, Fattah telah menafikan tuduhan tersebut, dengan menyatakan bahawa dia hanya mengetahui mengenai permohonan cerai Fazura melalui media sosial dan menegaskan bahawa dia masih menyayangi isterinya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adira suhaimifattah curangfazuraFazura dan fattah ceraifazura tuntut cerai
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Reunion! Raqim Ahmad Ada Sebab Istimewa Himpunkan Juara AF Di GV13

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza Fantasia (GV13) tampil dengan pendekatan istimewa apabila menghimpunkan dua jenama hiburan yang cukup...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara