Baru-baru ini salah seorang ahli SNSD (Girls Generation) iaitu Yuri, telah menghadiri acara Korea Brand Expo di Riyadh, Arab Saudi. Mempunyai kecantikan semula jadi dan wajahnya sangat awet muda, Yuri mendapat banyak pujian daripada tetamu yang hadir. Ramai yang mengatakan dia nampak sangat anggun dan cantik, terutamanya apabila Yuri mengenakan tudung.
Walaupun tudung yang dipakainya nampak sedikit tidak kemas dan ‘kelepet’, ianya tidak menjejaskan dan mengganggu kecantikannya. Sini Murai kongsikan beberapa gambarnya bertudung.
Walaupun tudungnya tidak menjadi dan sedikit ‘kelepet’ di bahagian atasnya, Yuri tetap nampak menawan dalam abaya biru navy pilihannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja melihat Yuri dalam lilitan selendang shimmer berona lilac. Sangat comel ye habibti Yuri!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.