Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan kepada penonton “The Night Shift”, kisah sekumpulan bekas doktor tentera yang bekerja syif malam di hospital dan melakukan apa sahaja untuk membantu pesakit mereka.
Kemahiran Perubatan Di Medan Perang
Dengan menggunakan kemahiran perubatan di medan perang, mereka menjadi seteru dengan pengurusan tertinggi hospital yang lebih mementingkan keuntungan daripada nyawa pesakit.
Drama perubatan bertajuk yang penuh emosi dengan tema ketenteraan yang jarang diterokai ini telah pun menemui penonton sejak 2 November lalu, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 8.00 malam di TV2 dan secara penstriman menerusi RTMKlik.rtm.gov.my.
Pandangan unik tentang cabaran kerja syif malam di hospital, menjadikan “The Night Shift” lebih dari sekadar drama perubatan biasa.
Plot cerita yang mendalam dan watak yang kompleks, terutamanya mereka yang bergelut dengan pengalaman sebagai bekas medik tentera, menambah lapisan emosi yang memukau.
Barisan Pelakon Yang Mantap
Ditambah pula dengan lakonan mantap daripada pelakon seperti Eoin Macken dan Jill Flint, ia memberikan pengalaman menonton yang tegang dan menghiburkan.
Mengisahkan cabaran sekumpulan doktor dan jururawat yang bekerja pada syif malam di Hospital Memorial San Antonio dalam menangani pelbagai kes pesakit.
Ramai daripada watak utama drama ini adalah bekas medik tentera, yang memberi elemen unik dan kelainan daripada drama perubatan tipikal.
Secara keseluruhannya, “The Night Shift” menawarkan gabungan drama perubatan dan tema ketenteraan, menjadikannya tontonan yang menarik untuk peminat bagi kedua-dua genre tersebut.
Antara pelakon lain yang meneraju drama ini Brendan Fehr sebagai Dr. Drew Alister, dan Robert Bailey Jr. sebagai Dr. Paul Cummings. Ikuti kesudahannya di TV2.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.