Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.
Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia.
“Lagu Ni Tak Senang Tau, You Berlatih Lagi”-Kata Maryam
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @uyounik yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 6 juta, tanda suka sebanyak 467 ribu dan sebanyak 7,935 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Maryam dan anaknya iaitu Rina menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah yang berjudul Lelaki Teragung.
@uyounik πππ tapi dia ada jiwa tau
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah comel Rina sering mecuit hati mereka. Tambah mereka lagi, mereka kagum dengan didikan Maryam kerana walaupun dia tida fasih berbahasa Malaysia namun dia tetap mengajarkan anaknya untuk bertutur di dalam bahasa Malaysia.
Apa-apa pun, semoga Rina membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.