Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Adira Tak Pernah Ungkit Tentang Penceraian Depan Anak-Anak, Sudah Jadi Rutin Biasa Bapa Jarang Di Rumah

by Puteri Alia
November 29, 2024
Share on Facebook

Keputusan untuk enggan membincangkan perceraian dengan anak-anak memberi kesan mendalam terhadap kehidupan sekeluarga, namun bagi penyanyi Adira, dia memilih untuk tidak mengungkit tentang hal perpisahan bersama bekas suaminya, Datuk Red, di hadapan anak-anak mereka.

Adira, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, menjelaskan bahawa empat anaknya sudah biasa dengan rutin di mana bapa mereka jarang berada di rumah, sekali gus menjadikan perceraian itu tidak mengubah banyak perkara dalam kehidupan mereka.

“Saya memang tak berbual dengan anak mengenai ‘benda’ (perceraian) sebab sebelum ini, ayah mereka selang sehari tiada jadi mereka dah biasa. Apa yang saya usahakan sekarang adalah supaya mereka tak rasa kosong. Macam mana sekali pun situasi, saya akan pastikan mengisi ruang yang ada dengan mereka,” katanya dalam satu sesi bersama Usanita.

Dalam perbualan santai yang turut disertai pengacara Awal Ashaari, Adira berkongsi bahawa anak-anaknya masih belum bertanya tentang status perceraian mereka. “Alhamdulillah setakat ini, belum ada pernah ada soalan yang pelik-pelik dari mereka,” ujarnya.

Sikap Datuk Red yang masih memenuhi tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sering meluangkan masa bersama anak-anak turut membantu mengekalkan kesejahteraan mereka. Adira berkata, “Ayah dia pun rajin datang tengok. Kadangkala ayah mereka pun datang buat ‘live’ dari rumah, jadi mereka gembira.”

Topik Berkaitan "Tergamak, Sanggup Dia Bagi Tuntutan Macam Tu"- Adira Suhaimi Kesal Dengan Syarat Datuk Red

Perceraian Adira dan Datuk Red yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 24 April 2024, setelah sembilan tahun berumah tangga, dilihat sebagai satu proses yang tidak memberi impak besar kepada anak-anak mereka.

Adira dan Datuk Red menikah pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7 tahun; Asan, 6 tahun; Anggun, 5 tahun; dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Walaupun selepas perceraian, Adira sempat menyuarakan keinginannya untuk kembali bersama Datuk Red, namun sehingga kini tidak ada perkembangan yang menunjukkan ke arah itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Adiradatuk red
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Foto - @hi_songjoongki (IG) / @joy_undo (X)
Spotlight

[VIDEO] Nama Song Hye Kyo Disebut, Reaksi Song Joong Ki Jadi Perhatian

by Nurul A.
October 21, 2026

Di platform X, tular sebuah video yang memaparkan aktor Korea Selatan, Song Joong Ki disapa peminat di tepi jalan. Namun...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara