Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nabila Razali Mintak Tips Bersalin Daripada Bella Astillah, Akui Berdebar Menanti Hari Melahirkan

by Puteri Alia
December 10, 2024
Share on Facebook

Nabila Razali kini sedang mengharungi detik-detik mencabar menjelang kelahiran anak pertamanya pada Januari depan. Meskipun kandungannya sudah mencecah sembilan bulan, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Peluang Kedua” ini masih aktif bekerja dan nampaknya langsung tidak ada tanda-tanda hendak berhenti.

“Ya, saya gemuruh! Tak sabar dan pada masa yang sama agak gementar,” ujar Nabila dalam satu temubual ringkas, seolah-olah memberi gambaran bahawa dia lebih suka berdepan dengan ujian di atas pentas daripada ujian bersalin yang sebenar.

Nabila yang kini sedang menunggu saat-saat kelahiran, mengakui bahawa dia sudah ‘menyerang’ ramai wanita termasuk Bella Astillah untuk bertanya pengalaman bersalin.

“Saya tanya Bella banyak kali, nak tahu macam mana rasanya! Tapi nak buat macam mana, memang tak ada cara lain untuk tahu selain melalui pengalaman sendiri,” kata Nabila sambil tersenyum. Yang pastinya, dia tak duduk diam walaupun kehamilannya semakin hampir ke penghujung.

Dalam kegembiraan menanti detik besar itu, Nabila masih berkeras untuk terus bekerja. Mungkin sebab tak boleh duduk diam, atau mungkin juga kerana semangatnya yang tinggi untuk terus berkarya, dia memutuskan untuk tidak berehat meskipun doktor sudah memberi nasihat supaya mula ‘slow down’.

“Saya memang tak boleh duduk diam, jadi saya terus bekerja saja,” katanya. Meski begitu, dia tetap mengingatkan dirinya untuk menjaga diri dan tidak terlalu memaksa. “Suami saya memang okey dengan keputusan saya, cuma dia selalu pesan supaya jangan terlalu penat.

Topik Berkaitan [VIDEO] Bella Astillah Titip Ucapan Istimewa Selepas Terima 'AFFIN INVIKTA Top 50 Women Of Excellence Awards'

Dia kata, ‘Jaga diri elok-elok,’” ujar Nabila, sambil mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sangat menyokong, Nik Iruwan Nik Izani.

Bercakap soal persiapan untuk anak pertama, Nabila mengakui bahawa dia mula membuat persiapan sejak minggu lalu, mungkin kerana kesibukan yang melanda sebelum ini. “Saya baru mula beli barang-barang bayi minggu lepas. Sibuk bekerja, jadi kena curi masa sikit. Dah dapat kereta sorong, barangan asas semua,” katanya sambil ketawa kecil.

Tapi tentu saja, ramai juga yang memberi nasihat supaya tidak terlalu boros membeli barang. “Ramai nasihatkan saya supaya berhati-hati dengan belanja. Nanti kalau terlampau beli, takut tak guna,” ujar Nabila, yang kelihatan lebih bijak mengendalikan setiap perancangan, meskipun penuh dengan cabaran.

Tak lama lagi, Nabila akan mengambil cuti untuk berpantang selepas melahirkan anak pertama, dan dia merancang untuk kembali bekerja pada Ramadan tahun depan.

Namun, untuk saat ini, segala tumpuan diberikan kepada persiapan kelahiran dan membesarkan anaknya yang dijangka bakal lahir lelaki.

Kehidupan Nabila kini jelas berubah, tapi satu perkara yang pasti, dia tetap Nabila yang kita kenal ceria, aktif, dan penuh semangat, walaupun dalam keadaan sarat mengandung. Kita doakan yang terbaik untuknya dan semoga urusan bersalin nanti dipermudahkan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bella Astillahnabila razali
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Spotlight

“Sampai Besar Anak Ingat?”- Ain Edruce Persoalkan Isu Mak Ayah Bergaduh Depan Anak

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Pergaduhan suami isteri bukan perkara asing dalam kehidupan berumah tangga. Namun, apabila konflik berlaku di hadapan anak-anak, sejauh mana perkara...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Kim Jong Un
Spotlight

Kim Jong Un Meninggal Dunia? Foto Terkini Buat Netizen Terkejut

by Nurul A.
October 20, 2026

Tular khabar angin bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah meninggal dunia baru-baru ini. Berita kematiannya menjadi bualan ramai selepas...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Ejen Meghan Markle
Hollywood

Bekas Ejen Meghan Markle ‘Buka Mulut’, Dedah Apa Yang Berlaku Sepanjang Kerjayanya

by Nurul A.
October 1, 2026

Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex. Bekas...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara