Satu hantaran di Instagram milik pempengaruh media sosial Ahmad Iqbal Zulkefli baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga net.
Memuat Naik Gambar Bersama Diana Danielle
Dalam hantaran tersebut, Iqbal memuat naik gambar bersama pelakon berbakat Diana Danielle.
Gambar tersebut menunjukkan Iqbal dan Diana saling berpandangan antara satu sama lain.
Di bahagian ‘caption’, Iqbal turut menulis ucapan terima kasihkerana hadir disisi dan hatinya.
Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya. Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup.
Ucapan tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Sebahagian daripada mereka mengucapkan tahniah dan berharap agar hubungan mereka berakhir dengan jodoh.
Malah Netizen turut mendoakan agar hubungan tersebut diberkati dan jika benar, semoga Allah mempertemukan mereka dalam ikatan yang sah.
Sungguh kani bang bal? kalau btul… Alhamdulillah la
Semoga berjodohan jika Allah izinkan.
Tahniah Alhamdulillah
Netizen Mohon Iqbal Padam Gambar
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/02/via-Instagram-Ahmad-Iqbal-Zulkefli.jpg)
Namun, terdapat juga sebahagian netizen yang menyuarakan kebimbangan mengenai status Diana Danielle, yang dikatakan masih bergelar isteri orang.
Mereka berpendapat hantaran tersebut mungkin boleh menimbulkan fitnah kepada Diana, yang sudah berkeluarga.
Itulah, ayat dia boleh timbul fitnah. Delete la. Tak elok kot
Beberapa komen meminta agar Iqbal memadamkan hantaran tersebut kerana risau akan implikasi negatif yang timbul daripada tulisan tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.