Penyanyi, Marsha Milan menitipkan rasa syukur apabila diumumkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Marsha menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan ucapan istimewa buat Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh yang telah mencipta lagu Hening Rindu yang menyebankannya terbawa emosi yang tidak dapat disembunyikan.
Tambah Marsha, kemenangannya pada malam tadi menjadi satu sejarah manis dalam perjalanannya sepanjang berada di dalam industri muzik tanah air.
“Alhamdulillah syukur, tahniah dan terima kasih yang tak terhingga Marsha ucapkan buat Ikhwan Fatanna yang mencipta lagu yang sangat istimewa hingga terbawa emosi yang tak dapat Marsha sembunyikan.
Perancangan Allah itu hebat, akhirnya malam ini menjadi satu sejarah manis dalam perjalanan Marsha dalam industri muzik tanah air. Terima kasih ya Allah ❤️.”-kongsi Marsha di Instagram
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah, malah ramai yang berpendapat penyanyi ini sudah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tadi.
“Anything can be bought, but you can’t buy experience. All the time you’ve spent in this industry tells a story in just one song. In just one performance, it reflects how luxurious you are, you don’t need to show more. It’s all within your breath, blending seamlessly with the song and lyrics 🙌🔥-“-Sharifah Sakinah
“So so happy for youuuu. ❤️❤️❤️❤️ congrats boo❤️.”-Mimi Flyy
“Insan baik, dapat yang baik baik, congrats kak marsha my PRAWN MEE❤️.”-Aisha Retno
“Tahniah. 🙌👏👏.”-Datin Paduka Umie Aida
“Tahniah Marsha jadi Juara setelah 4 tahun dalam AJL. Persembahan malam tu Marsha more emotional tak puas untuk layan vokal Marsha yang clean. Hening Rindu AJL versi studio please.”
“Tahniah Marsha. Selayaknya. Teruskan berkarya.”
Tahniah Marsha!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.