Penyanyi, Shila Amzah berpendapat pihak terlibat seharusnya menambahkan jumlah wang hadiah utama bagi untuk Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, malam tadi.
Shila yang pernah menjadi Juara AJL36 menerusi lagu Pelukan Angkasa bersama kumpulan SOG ini berpendapat, sekurang-kurangnya menyediakan wang saguhati kepada semua finalis selepas melihat semua persembahan finalis di pentas AJL39.
“Berdasarkan jumlah artis dah belanjakan untuk pentas seperti AJL kan, macam dah boleh naikkan duit grand prize tu.
Atau macam kena ada hadiah (duit) saguhati atleast kepada semua finalis. Sebab semua spend tu.
Haha not me thinking how much each of them might have spend.”-tulis Shila di X
Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Hantaran Shila mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ramai yang berpendapat pihak penganjur seharusnya menambahkan jumlah wang hadiah utama agar bersesuaian dengan jumlah wang yang dihabiskan oleh finalis untuk persembahan terbaik di AJL.
“Sepatutnya ada award anugerah best stage presentation.”
“OIAM pun boleh bagi 1 juta kepada budak mentah yang menang. Why not 1 juta juga diberika kepada pemenang AJL? RM100,000 tu nak buat apa? Bagi kepada penyanyi, komposer, penulis, tinggal berapa sen je.”
“Betul kak shila, 100 ribu zaman sekarang ni boleh beli telur berapa papan je. Sepatutnya paling busuk is 200k.”
“Kalau ada saguhati untuk pemenang AJL, mesti Aisha Retno tu tak perlu berhutang. Kesian dia dah menang tapi tanggung hutang 80k.”
“Kalau hadiah masih sama, artis harus buat persembahan sesuai bajet hadiah AJL bagi. Takde rasa terbuang kan. Sedih tengok nilai hadiah AJL takde naik-naik. Hahaha 2025 kot.”
“Kena ada artis yang fight benda ni actually, ni yang masuk semua macam redha je hadiah macam tu sangat tak logik, anugerah besar kot effort yang diorang tunjuk memang salute tapi tak berbaloi.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.