Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Jefri Nichol Ucap Kata Manis- “Kalau Ke Medan Perang, Saya Simpan Foto Ameera Dalam Dompet”

by Puteri Alia
April 4, 2025
Share on Facebook

Setelah pelbagai spekulasi dan dakwaan yang mengaitkan hubungan cintanya dengan Jefri Nichol, pempengaruh Ameera Khan dilihat kembali mengikuti akaun Instagram (IG) lelaki tersebut, seolah-olah menafikan khabar angin yang mengatakan mereka sudah berpisah.

Langkah ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat, terutamanya selepas Ameera memuat naik beberapa gambar dirinya yang mengenakan barangan kemas dengan kapsyen ‘his jewel’, lengkap dengan penandaan nama Jefri dalam posting tersebut.

Komen Jefri pada gambar tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila dia menulis, “Kalau saya ke medan perang, inilah foto yang saya akan simpan dalam dompet,” yang jelas menunjukkan perasaan sayang dan penghargaan terhadap Ameera.

Reaksi peminat di ruangan komen juga menunjukkan rasa lega apabila dakwaan hubungan mereka putus tidak benar, namun ada juga yang meluahkan rasa kecewa, khususnya apabila ada yang menganggap Jefri sebagai seorang lelaki yang mempunyai sikap tidak baik atau ‘red flag’.

Kisah percintaan mereka pernah menjadi perhatian ramai beberapa kali, terutamanya selepas mereka dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di IG, yang memberi petunjuk seolah-olah hubungan itu telah berakhir.

Malah, gambar-gambar bersama juga hilang dari suapan Instagram Ameera, menambah lagi spekulasi bahawa hubungan mereka mungkin sudah berakhir. Namun, percintaan mereka kembali bertaut pada penghujung Mac tahun lalu dan sejak itu, mereka semakin terbuka berkongsi detik-detik manis bersama di media sosial.

Topik Berkaitan Jefri Nichol 'Belanja' Foto Siluet Di Pantai, Tapi Komen 'Kelate' Buat Netizen Terhibur!

Hubungan mereka menjadi lebih tumpuan selepas Jefri mencacah tatu ‘AK’ pada jari manisnya, yang dianggap oleh sesetengah peminat sebagai simbolik kepada Ameera, yang juga dikenali dengan singkatan nama ‘LMK’.

Tambahan pula, Ameera pernah berkongsi satu tangkap layar panggilan WhatsApp yang berlangsung lebih 12 jam, menambah bukti kepada keteguhan hubungan mereka. Walaupun ada suara-suara yang ragu tentang keserasian mereka, hubungan ini terus menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan netizen.

Apapun, hubungan mereka terus menjadi perhatian ramai, dan hanya masa yang akan menentukan apa yang sebenarnya berlaku di antara Ameera dan Jefri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ameera khanjefri nichol
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Anwar Ibrahim
Spotlight

[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”

by Nurul A.
September 22, 2026

Kongsian sekeping gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian ramai. Dalam...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Spotlight

5 Sebab School of Stars Wajar Masuk Watchlist, Drama Universiti, Cinta Dan Persaingan!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Drama remaja biasanya sinonim dengan kisah cinta, persahabatan dan konflik cinta tiga segi. Tetapi bagaimana pula jika semuanya digabungkan dengan...

Read moreDetails
Jude Bellingham
Spotlight

Ber-‘Boxer’ Calvin Klein, Billboard Jude Bellingham Cetus Kesesakan Lalu Lintas!

by Nurul A.
November 6, 2026

Nampaknya daya tarikan bintang bola sepak Inggeris, Jude Bellingham telah berjaya mencetuskan kekecohan di kalangan penduduk New York. Billboard Jude...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara