Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Abby Abadi Kesal Terlalu Berlembut Dengan Anak Perempuan, Norman Hakim Tidak Ambil Tahu?

by Puteri Alia
April 18, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama keluarga yang membabitkan pelakon Abby Abadi terus mencuri perhatian apabila dia meluahkan rasa kesal terhadap keputusan hidup yang pernah diambilnya, termasuk sikap terlalu berlembut dan sentiasa mengalah dalam setiap perkara melibatkan keluarga. Dalam satu perkongsian terbuka di Threads, Abby mengakui kelembutan yang dulunya dianggap sebagai kekuatan, kini menjadi punca kepada tekanan emosi dan kekusutan berpanjangan, terutamanya dalam isu membabitkan anak-anak.

Abby menyentuh secara jujur tentang penyesalannya terhadap banyak perkara, termasuk harapannya yang tidak kesampaian selepas berdamai dengan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim. Menurutnya, biarpun hubungan sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka kelihatan baik di mata umum, masih banyak perkara tidak selesai yang terus menghantui dirinya sehingga ke hari ini. Namun, dia memilih untuk tidak memperincikan hal tersebut kerana bimbang dianggap membuka aib bekas pasangan.

Lebih mengejutkan, Abby akhirnya membuka cerita sebenar di sebalik tindakan suaminya sekarang, Faizal Zakaria, yang sebelum ini dilaporkan menampar menantunya, Aslam. Katanya, tindakan itu bukan berlaku tanpa sebab. Malah, ia berpunca daripada insiden serius yang berlaku ketika Marissa masih di bawah umur dan dalam penjagaannya. Abby menjelaskan, sebagai ibu, dia pada ketika itu berdepan dilema besar sama ada membuat laporan polis atau melindungi maruah anak. Katanya, andai laporan dibuat, Aslam mungkin akan dipenjarakan, namun naluri keibuan membuatkan dia memilih untuk berdiam demi menjaga nama keluarga.

Topik Berkaitan Dituduh Dengki Dengan Marissa Dania, Ini Respons Abby Abadi

Abby juga turut meluahkan rasa hairan terhadap tuntutan agar dia memohon maaf kepada madu anaknya, Umisya Mazlan, yang menjadi isteri pertama kepada Aslam. Bagi Abby, persoalan utama bukanlah tentang siapa yang perlu memohon maaf, tetapi bagaimana keluarga anaknya itu boleh terbina tanpa sebarang pengetahuan mahupun persetujuan dari pihak keluarga, termasuk dirinya sebagai ibu.

Semuanya bermula apabila Marissa, anak kepada Abby dan Norman, berkahwin secara senyap dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada hujung Disember 2023. Ketika itu, isteri pertama Aslam sedang mengerjakan umrah, dan keluarga Marissa sendiri tidak mengetahui tentang pernikahan tersebut sehingga berita itu tersebar dan menjadi perbualan hangat masyarakat.

Abby yang sebelum ini memilih untuk berdiam, kini semakin terbuka berbicara apabila isu yang membabitkan keluarganya terus diputar belit di ruang media sosial. Walaupun kata-katanya sering disalah tafsir, Abby tetap berdiri atas prinsip bahawa sebagai ibu, dia hanya mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Dalam diam yang penuh luka, Abby mengungkapkan rasa kecewa terhadap situasi yang sudah jauh tersasar daripada apa yang pernah diimpikannya, dan kini hanya berharap kebenaran akhirnya akan terserlah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
abby abadiaslammarissa danianorman hakim
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Spotlight

“Kami Terima Segala Kecaman”- Syifa Melvin Kesal Terlalu Ikut Emosi

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, nampaknya masih belum reda apabila kemelut...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Foto - @bollywoodbubble (IG)
Bollywood

Sisi Gelap Suami Aishwarya Rai Yang Buat Ramai Tak Tahu, No.3 Paling Mengejutkan!

by Nurul A.
September 20, 2026

Abhishek Bachchan ialah anak kepada pelakon legenda India, Amitabh Bachchan dan suami kepada Aishwarya Rai. Semua orang mengenali Amitabh, walaupun...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara