Penyanyi, Aina Abdul mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi momen lucu ketika dia membuat persembahan di Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Aina di Instagram, dia yang sedang berduet bersama penyanyi terkenal Indonesia kelihatan terkejut sebelum ketawa apabila diserang ‘bola gergasi’ ketika menyanyikan lagu ‘Ku Bahagia’ sebelum dibantu oleh Melly untuk menolak bola tersebut ke bawah pentas.
“First time kena attack dengan bola atas pentas 😂.”-kongsi Aina di Instagram
“Bola Pun Nak Datang Dekat Aina..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat comel Aina di atas pentas, malah ramai yang menyatakan bahawa ‘bola gergasi’ itu sememangnya sangat berat dan tidak dapat ditolak dengan mudah jika menggunakan sebelah tangan.
“Bola tu berat tau. Tolak satu tangan boleh terkehel pergelangan. Selamat la kita tolak dua tangan 😂.”
“Bola berat gila. Bergegar kepala saya terkena bola. Leher lenguh tiga hari. Nasib video recording okay 😂💜.”
“Aina sangat lucu gemazz 😍🙌.”
“Bola pun nak datang dekat Aina 😂.”
“Part kena bola kagetnya natural banget ya 😂.”
“Hasil gi gym, bola tu lantun balik lepas attack Aina 😂.”
“Comel sangat bila terkena bola tu 😂 love you queen ❤️❤️.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.