Rasanya sudah lama kita tidak mendengar berita terkini mengenai Jung Ga Eun, aktres popular Korea Selatan dan naib juara Miss Korea 2001. Kalau kamu nak tahu, sekarang Ga Eun telah menjadi pemandu teksi demi kelangsungan hidup dia dan anak perempuannya.
Perubahan ketara dalam kehidupannya ini terpaksa dilakukan kerana bekas suaminya telah menipu sejumlah wang besar, sekitar 13.2 bilion won (RM41,195,880) menggunakan namanya. Lebih memburukkan keadaan, bekas suaminya telah meninggalkan negara dan membiarkan dia seorang diri dalam membesarkan anak perempuan mereka.
Berkongsi di saluran YouTube miliknya, Ga Eun memuat naik perjalanannya menjadi pemandu teksi berlesen. Kongsinya, seorang pemandu teksi boleh memperoleh sekitar 10 juta won (RM31,239.63) jika bekerja keras.
Naib juara Miss Korea itu berkata dia telah berazam untuk mulakan hidup baharu dan hidup mengikut kemampuannya walaupun sebelum ini dia tidak pernah takut dengan masalah kewangan.
Selepas keadaan menjadi sukar dengan kerja lakonan yang kurang, Ga Eun berfikir dia akan melakukan apa yang ayahnya lakukan sebelum ini iaitu menjadi pemandu teksi.
“Ayah saya bekerja sebagai pemandu teksi swasta selama 30 tahun dan membesarkan saya dengan pekerjaan itu. Dia baru-baru ini menjalani pembedahan dan saya mahu menjemputnya sebagai penumpang pertama sebaik sahaja saya lulus.”
Jung Ga Eun memulakan kerjayanya sebagai model pada tahun 1997 dan mendapat perhatian lebih luas selpas dinobatka sebagai naib juara pertandingan Miss Korea Gyeongnam 2001. Manakala kerjayanya sebagai pelakon dimulakan tidak lama selepas itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.