Pelakon dan pemilik bersama Punjab Kings, Preity Zinta telah meluahkan rasa kemarahan dan kekecewaannya selepas gambar dia yang didakwa memeluk pemain Rajasthan Royals berusia 14 tahun, Vaibhav Suryavanshi telah tular di media sosial.
Imej palsu itu telah menggambarkan detik antara Preity dan pemain kriket muda itu, mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan keadaan itu memaksa Preity untuk bertindak balas.

Kontroversi itu tercetus selepas Rajasthan Royals berkongsi video itu di platform X menunjukkan Preity berinteraksi mesra dengan Vaibhav semasa perlawanan IPL di Jaipur.
Dalam video asal, Preity dilihat bercakap dengan Yashasvi Jaiswal, kemudian dia berpaling kepada Shashank Singh dan berkata, “Mari kita pergi bertanya khabar kepadanya (merujuk kepada Vaibhav).”

Dia kemudiannya menyapa Vaibhav dengan sopan dan berjabat tangan. Video itu disunting dan menunjukkan Preity memeluk remaja tersebut, di mana imej tersebut bukan sebahagian daripada rakaman asal.
Video yang telah dimanipulasi itu mendapat perhatian ramai, dan beberapa saluran berita melaporkannya seolah-olah ianya benar.

Bertindak balas terhadap situasi itu, Preity mengatakan imej itu adalah palsu dan telah disunting.
“Ini adalah imej yang diubah suai dan berita palsu. Saya sangat terkejut kerana saluran berita juga menggunakan imej yang diubah suai dan memaparkannya sebagai berita!”
Bagaimanapun, video asal yang dimuat naik oleh Rajasthan Royals di X tidak menunjukkan Preity memeluk Vaibhav. Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.