Umum mengetahui agak mustahil untuk selebriti, termasuklah Kareena Kapoor, mengelak daripada menjadi perhatian ramai apabila melangkah keluar daripada rumah.
Ketika Kareena melangkah keluar daripada kereta untuk makan malam bersama keluarga, dia telah ‘diserang’ paparazi. Tetapi ada satu insiden yang dirakam pada malam itu telah membuatkan aktres dan warganet menjadi gementar.

Video yang menjadi viral, menunjukkan Kareena dilindungi oleh pengawal peribadinya sedang berjalan menuju ke arah restoran. Ketika dia keluar daripada kereta, seorang wanita cuba menyentuhnya berulang kali.
Wanita tersebut datang dan memberitahu Kareena untuk menyentuhnya sambil membawa tangannya ke hadapan, “Tolong sentuh saya sekali”.
Ketika pengawal peribadi Kareena cuba untuk melindunginya, wanita itu tetap meneruskan gangguannya. Melihatkan keadaan itu, Kareena mengambil keputusan untuk tidak berjabat tangan tetapi melambai tangan ke arahnya dan terus berjalan. Sebelum masuk ke restoran, Kareena memandang ke belakang untuk melihat keadaan wanita tersebut.

Disebabkan oleh video tersebut, warganet telah meninggalkan beberapa respons yang berbeza. Ada yang percaya Kareena bersikap sombong untuk berkelakuan sedemikian dan sesetengahnya pula berpendapat dia melakukan perkara yang betul.

Secara peribadinya, Murai rasakan tindakan Kareena itu adalah betul kerana dia memilih untuk menjaga keselamatan dirinya terlebih dahulu dan bukannya bersikap sombong. Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.