Pelakon dan personaliti media sosial, Fify Azmi baru-baru ini memuat naik satu video TikTok yang memaparkan dirinya menari bersama pasangan kembarnya. Video berdurasi beberapa saat itu bukan sahaja menghiburkan, malah turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.
@fifyazmiofficial Okay lets go
Apa yang menarik perhatian ramai bukan sekadar aksi tarian Fify, tetapi ruangan komen yang mula dibanjiri dengan soalan peminat yang cuba ‘mengorek’ hubungan peribadi pelakon filem Wira itu.
“Yang mana satu girlfriend Niezam?” tanya peminat di ruangan komen
“Dua-dua bukan.” Fify tampil membalas komen tersebut dengan ringkas
Penafian itu seolah-olah ingin menghentikan sebarang spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Malaysia, Niezam Zaidi. Malah, ada beberapa komen lain turut menerima respon yang sama daripada Fify yang menunjukkan beliau ingin memperjelas bahawa tiada hubungan istimewa antara mereka berdua.
Walaupun sebelum ini wujud gosip yang mengaitkan Fify dengan Niezam berikutan keakraban mereka, jawapan Fify dalam video terbaru ini seakan memberi titik noktah kepada semua spekulasi tersebut.
Buat masa ini, Fify Azmi kelihatan lebih selesa berkongsi momen santai dan kreatif di media sosial tanpa terlalu mendedahkan hal peribadi. Mungkin bagi Fify, cukup sekadar berkarya dan menghiburkan peminat tanpa perlu memberi ruang kepada gosip yang tak berasas.
Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Fify Azmi dalam kerjaya dan kehidupannya. Gosip boleh datang dan pergi, tetapi bakat dan personaliti yang tulen tetap kekal.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.