Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsi keadaan sebelah matanya yang membengkak disebabkan jangkitan kuman.
Datin Shahida menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dilihat mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota setelah pulang dari Surabaya disebabkan keadaan mata kanannya yang bertambah teruk.
“Keadaan mata saya bertambah teruk hari ni. Melekat dengan tahi mata. Bangun pagi tadi nak buka mata pun susah.
Alhamdulillah sempat ke KPJ pagi tadi. Tengok lah macam mana nanti. Ubat semua dah dapat. Korang ada tak petua nak sembuhkan sakit mata mata dengan cepat?.”-kongsi Datin Shahida di Instagram
“Macam Lagi Bengkak…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi petua untuk menyembuhkan jangkitan mata yang dialami oleh Datin Shahida, malah ramai yang menitipkan doa agar dia diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Ya Allah Datin 😢. Cepat sembuh Datin, tu ada jangkitan kuman tu.”
“Letak bawang putih, gosok bawang putih je kat mata. Terus baik. InsyaAllah bi iznillah.”
“Macam lagi bengkak. Semoga cepat sihat Datin.”
“Datin kena admit, masuk ubat iv antibiotic. Jangan lama sangat decide untuk admit. Semoga datin diberikan kesembuhan.”
“Dulu kena 1 family, tak baik-baik. Makin bengkak. Last gi pakar dia cuci dalam kelopak (dah ada selaput yang menyebabkan pakai ubat pun tak jalan). 3 hari gi cuci hari-hari, lepas tu terus baik.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.