Di media sosial tular berita mengenai aktres Bollywood, Kajol telah meninggal dunia. Berita kematiannya itu mula-mula dimuatnaik oleh akaun Facebook dengan nama pengguna Merinda Manullang.
Kemudian di platform TikTok juga muncul semula video yang menunjukkan bahawa Kajol meninggal dunia.
Untuk mengukuhkan lagi kongsian itu, pemilik akaun Facebook itu turut menyertakan gambar Shah Rukh Khan beserta kapsyen, “Berita Menggemparkan, Kajol Devgn Telah Meninggal Dunia”.

“Benarkah pelakon Kuch Kuch Hota Hai Kajol/Anjeli meninggal dunia Sejak saya kecil sehingga sekarang nama samaran saya ialah Anjeli kerana saya selalu sangat menyukai Kajol/Anjeli. Alangkah sedihnya jika ini benar. Sejak kecil lagi, Kajol artis India menjadi kegemaran. Dia menjadi kegemaran sehingga kini. Adakah anda masih percaya berita itu?”
Memetik laman web Turnbackhoax.id pula mengatakan berita mengenai Kajol Devgn telah meninggal dunia adalah tidak benar. Malah Kajol masih aktif memuat naik pelbagai aktiviti yang dilakukannya menerusi akaun Instagram @kajol.
Dan semalam (11/5/2025), Kajol memuat naik gambarnya memakai saree berona kuning sambil menulis kapsyen, “Adakah terdapat pintu ke syurga atau tangga? Awak tahu tak?”.
Apa kata kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.