Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

5 K-Drama Terpaksa Ditangguhkan Penggambaran Akibat Pandemik COVID-19

by Naddy Joe
November 24, 2020
Share on Facebook

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan terhadap setiap sektor. Antaranya sektor hiburan. Banyak drama terpaksa dihentikan penggambaran sementara disebabkan pandemik tersebut. Berikut adalah 5 K-Drama yang terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Stay tune guys!

River Where The Moon Rises

Drama “River Where The Moon Rises” yang dibintangi oleh Kim So Hyun, Ji Soo, dan ramai lagi telah menghentikan penggambaran sejak 19 November. Menurut Soompi, menyatakan bahawa pada 23 November bahawa pelakon tambahan yang mengambil bahagian dalam penggambaran drama tersebut telah mengambil ujian COVID-19. Pelakon tambahan itu mengambil ujian tersebut setelah diberitahu bahawa mereka mempunyai contact dengan kes yang telah disahkan.

Bossam – Stealing Fate

Pelakon dan kru drama “Bossam-Stealing Fate” telah mengambil ujian COVID-19 setelah salah seorang kru penggambaran didapati positif COVID-19. Agensi Jung Il Woo dan Yuri Girls’ Generation telah menyatakan bahawa mereka didapati negatif setelah mengambil ujian COVID-19.

Sisyphus: The Myth

Pelakon tambahan yang turut menjalani penggambaran untuk drama “Sisyphus: The Myth” didapati positif COVID-19. Sumber dari JTBC menyatakan bahawa pelakon itu juga berada di lokasi penggambaran yang sama dengan pelakon “Bossam-Stealing Fate” yang mana kes yang telah disahkan.

Wakil Park Shin Hye menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kontak dengan pelakon tambahan tersebut,dan masih menunggu keputusan ujian yang telah diambil pada 23 November.

Joseon Exorcist 

Drama “Joseon Exorcist” yang dibintangi oleh Jang Dong Yoon, Park Sung Hoon, Kam Woo Sung, juga menghentikan penggambaran mereka pada 23 November. Drama ini mengeluarkan pernyataan bahawa seorang pelakon background telah didapati positif COVID-19 setelah berada di tempat yang sama dengan background actor dari drama lain yang mana kes telah disahkan.

Mereka kini dalam kuarantin dan akan mengambil ujian COVID-19 jika mereka dikehendaki oleh pihak kesihatan. Wakil Kam Woo Sung menyatakan bahawa beliau berada di set pada hari yang sama kes disahkan. Wakil Jang Dong dan Park Sung mengatakan bahawa pelakon itu tidak melaluii laluan yang sama dengan aktor background itu.  

Snowdrop

Drama JTBC yang akan datang iaitu “Snowdrop” yang dibintangi oleh Jisoo BLACKPINK dan Jung Hae In telah menghentikan penggambaran kerana kebimbangan tentang kes COVID-19 di set penggambaran.

Menurut Edaily, pelakon tambahan yang mengambil bahagian dalam penggambaran untuk Snowdrop dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes COVID-19 yang telah disahkan. Kes ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pelakon pembantu yang disahkan positif dalam set penggambaran yang lain. Semua penggambaran telah ditangguhkan sejak 23 November, dan semua pelakon dan staf yang mempunyai kontak rapat masih menunggu hasil ujian mereka.

Stay safe guys!

Error happened.
https://lomp.at/2z6hn
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara