Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Kenapa Laluan Baharu AirAsiaX KL Ke Istanbul Ini Jadi ‘Game Changer’ Untuk Jemaah Umrah?

by Phic ARMAN
August 12, 2025
Share on Facebook

Kalian… MURAI ada berita panas yang confirm buat hati kaki travel dan bakal jemaah Umrah berbunga-bunga. AirAsia X baru sahaja umumkan laluan terbaru Kuala Lumpur ke Istanbul, Turkiye yang akan mula terbang 14 Ogos ini. Lagi best, ada 4 penerbangan seminggu untuk laluan ini,  memang banyak pilihan tarikh untuk kalian rancang perjalanan.

Yang lagi syok, tempahan sudah boleh buat hari ini (12 Ogos) dengan harga promo serendah RM499 sehala. Murah kan?

Tapi tunggu, cerita dia bukan setakat mahu melancong ke Turkiye sahaja. CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, sendiri kata laluan ni memang berbaloi untuk jemaah Umrah. Sebab apa? Sebab AirAsia X berganding bahu dengan ikhlas.com (anak syarikat gaya hidup Islamik bawah Capital A) untuk lancarkan pakej Umrah Plus Istanbul.

Bayangkan, kalian boleh tunaikan Umrah di Tanah Suci… lepas itu singgah jalan-jalan di Istanbul. Nak tengok Hagia Sophia, nak solat di Blue Mosque, nak jalan-jalan di Grand Bazaar, semua boleh! Dan yang best, kos perjalanan pun jimat sebab dua destinasi dalam satu trip.

Benyamin kata lagi, dari Istanbul kalian boleh sambung perjalanan ke destinasi lain di Asia macam Indonesia, Australia, Singapura, China, Thailand dan banyak lagi guna perkhidmatan Fly-Thru.

Fly-Thru ini apa benda?

Senang cerita, Fly-Thru ini servis yang buat kalian tak payah ambil beg dan check-in semula masa transit. Contoh, kalau dari Istanbul → KL → Bali, kalian check-in sekali je kat Istanbul. Sampai KLIA2, terus tunggu boarding untuk next flight. Tak perlu heret beg, tak perlu beratur panjang. Memang smooth gila.

Paling best, laluan ini juga memudahkan pelancong dari Eropah nak terokai Asia Tenggara melalui rangkaian luas AirAsia. So win-win lah ,untuk jemaah Umrah, kaki travel, dan pelancong luar.

'No Roslan Aziz No AirAsia'- Tony Fernandes

Pendek kata, kalau kalian tengah plan nak buat Umrah tahun ni, tambahlah Istanbul dalam itinerary. Dapat pahala, dapat pengalaman, dapat gambar Insta-worthy sekali. Memang padu! Temapah boleh di buat melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

airasiaairasiaXBenyamin IsmailistanbulTurkeye
https://lomp.at/46exw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via @Tripadvisor
Destinasi

Teroka Kellie’s Castle Batu Gajah – Istana Bersejarah Yang ‘Tak Sempat Siap’ & Penuh Misteri

by Farah Fatihah
January 1, 2026

Kalau bercuti ke Perak, satu lokasi bersejarah yang wajib masuk dalam senarai ialah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Terletak di...

Read moreDetails
via Ai Generated
Destinasi

Tak Ramai Tahu, Kelantan Ada Air Terjun “Best” Untuk Riadah & Healing

by Farah Fatihah
December 29, 2025

Kelantan bukan sahaja terkenal dengan warisan budaya dan masakannya yang memikat, malah negeri ini juga menyimpan permata alam semula jadi...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
via @Tripadvisor
Destinasi

Muzium Perak: Khazanah Sejarah & Alam Semula Jadi Yang Wajib Dikunjungi!

by Farah Fatihah
December 30, 2025

Kalau sebut Perak, ramai terus terbayang Ipoh dan makanannya. Tapi negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ini juga mempunyai muzium-muzium...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore