Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Alami Kecederaan Di Bahagian Lutut Ketika Drama W: Two Worlds, Hun Haqeem Selamat Jalani Pembedahan ACL

by Puteri Alia
October 5, 2023
Share on Facebook

“Syukur, alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan saya juga sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah, semalam,” kata pelakon Hun Haqeem.

Hun berkata demikian ketika diminta mengulas pembedahan pada bahagian lutut akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika penggambaran drama W: Two Worlds beberapa bulan lalu.

Pembedahan itu dijalankan di hospital pakar di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menurut Hun atau nama sebenar, Haqeem Hermy, 25, kakinya masih belum dapat bergerak dengan baik selepas pembedahan terbabit.

“Saya dapat tidur lena semalam tetapi tidak boleh nak pusing kaki seperti biasa,” katanya.

Ditanya bila kecederaan bahagian lututnya itu dijangka pulih, kata Hun, doktor memberitahu ia dijangka mengambil tempoh kira-kira enam bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Doktor juga memberitahu saya dijangka boleh berjalan seperti biasa dalam tempoh empat minggu lagi.

“Saya juga akan menjalani rawatan fisioterapi sebagai rawatan susulan di hospital sehingga kecederaan pulih,” katanya.

Sementara itu, mengulas perkembangan karier lakonan pula, kata Hun, dia akan berehat seketika dari bidang lakonan untuk memastikan kecederaan itu pulih sepenuhnya.

“Saya merancang untuk berehat sehingga hujung tahun ini dan kembali ke lokasi penggambaran pada awal tahun depan.

“Pada masa sama, saya juga sudah selesaikan komitmen kerja lebih awal sebelum menjalani pembedahan ini,” katanya.

Pada masa sama, Hun turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, pelakon Hairul Azreen yang berkongsi tips dan video tutorial apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan terbabit.

“Hairul juga pernah menjalani pembedahan yang sama sebelum ini dan tutorial itu sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk segera pulih dari pembedahan itu,” katanya.

[VIDEO] Hun Haqeem Menari Buatkan Peminat Cair Melihatnya-"Berulang Kali Aku Tengok"
Hun Haqeem
https://lomp.at/rele3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

Syatilla Melvin Bersyukur Dapat ‘Contact’ Semula Azar Azmi, Netizen Pilu

by Naddy Joe
April 13, 2026

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin membuat perkongsian bersama peminat di media sosial apabila dia dapat menghubungi semula rakan selebriti, Azar...

Read moreDetails
Berita

Aazief Khalid Dedah Sikap Siti Nurhaliza-“Mak Iti Memang Rajin…”

by Naddy Joe
April 21, 2026

Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid mendedahkan sikap ibu tirinya selepas salah seorang peminat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara