Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sangat Comel! Anzalna Nasir Umum Jantina & Nama Cahaya Mata Kedua

pasangan ini turut menitipkan doa agar bayi lelaki mereka dapat menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia.

by Naddy Joe
May 27, 2022
via Instagram Anzalna Nasir

via Instagram Anzalna Nasir

Share on Facebook

Umum mengetahui pelakon, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 20 Mei yang lalu.  Terkini, Anzalna secara eksklusif mendedahkan jantina dan nama anak keduanya kepada peminat menerusi foto yang dimuatnaik di laman Instagram pada malam tadi.

Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif

Selepas seminggu melahirkan bayi lelaki itu, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir bersama suami, Muhammad Hanif Zaki bersepakat untuk menamakan anak mereka sebagai Emirhan. Malah wajah comel itu juga seiring dengan nama Emirhan yang membawa maksud ‘Princely Ruler’.

“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.”-Kongsi Anzalna dan suami

via Instagram Anzalna Nasir

Titip Doa Buat Putera Kedua

via Instagram Anzalna Nasir

Telah selamat melaksanakan ibadah tahnik buat putera kedua mereka, pasangan ini turut menitipkan doa agar bayi lelaki mereka dapat menjadi anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin.”-Kata Anzalna dan suami

Rakan Selebriti & Peminat Teruja Lihat Wajah Bayi Lelaki Anzalna 

Tinjauan Murai My di ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti meluahkan rasa teruja melihat wajah comel bayi lelaki itu malah ada yang mengucapkan tahniah atas pertambahan ‘ahli baru’ keluarga mereka.

“The cutest!! Cant wait to see him.”-Afifah Nasir

“Kita geng dua khalifah. Congratulations beb.”-Fouziah Ghous

“Assalamualaikum Emirhan.”-Mira Filzah

“Tahniah Bro..Cantik nama Emirhan.”-Fizo Omar

“MashaAllah barakallah..Semoga Allah memberkati keluarga Anzalna”

via Instagram Anzalna Nasir

Sekadar info, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki telah berkahwin pada Februari 2016. Pasangan ini juga mempunyai seorang putera sulung, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anzalna
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara