Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Aunty Reporting For Duty’ Cabar Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias & Noorkhiriah

by Aphit J.
September 3, 2023
Share on Facebook

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Astro Warna bawakan satu lagi program komedi variasi terbaharu yang mencabar barisan selebriti senior wanita.

Reaksi Spontan Dan Mencuit Hati

via ASTRO

Antara barisan selebriti yang terlibat adalah Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias dan Noorkhiriah dalam mengharungi pelbagai pekerjaan rakyat Malaysia dalam ‘Aunty Reporting for Duty’.

Program ini turut memaparkan pelbagai reaksi spontan dan mencuit hati apabila ‘aunty aunty’ ini terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak pernah terlintas dikepala mereka.

Diberi Tugas Yang Mencabar

via ASTRO

Menerusi sembilan episod, barisan ‘Aunties’ yang berusia antara 74 tahun – 46 tahun ini diberi tugas untuk mencabar diri mereka dalam pelbagai pekerjaan yang menguji fizikal, mental dan emosi.

Antara pekerjaan tersebut termasuk sebagai nelayan, pramugari, renjer hutan, atlet, mekanik serta bidang-bidang yang memerlukan kepekaan dan teknik yang betul seperti paramedik.

Realiti Karakter Dan Perangai Sebenar

via ASTRO

Pelbagai reaksi dan aksi lucu bakal disaksikan penonton apabila realiti dan karakter sebenar setiap barisan selebriti senior ini yang tidak pernah diketahui oleh khayalak ramai, terkeluar semuanya dalam ‘Aunty Reporting For Duty’.

Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, dalam program ini, penonton dapat melihat dengan sendiri realiti karakter dan perangai sebenar golongan selebriti ini diluar set pengambaran.

Boleh Mempelajari Sesuatu

via ASTRO

Program ini juga telahmembuktikan bahawa usia dan jantina bukanlah penghalang untuk mempelajari sesuatu yang baharu, yang luar dari keselesaan kita”.

‘Aunty Reporting For Duty’ akan ditayangkan pada setiap hari khamis, bermula 31 Ogos 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Warna (107).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

[VIDEO] Norlia Ghani Sound Individu Yang Mengatakan 'Mak Jah Telah Meninggal'-"Dia Sihat Lagi Oii"

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

Error happened.
didie aliasEngku Faridahnoorkhiriahnorlia ghanirosnah mat aris
https://lomp.at/6a9kd
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara